Ainur Syakirah Muhd Hissam, and Junaini Kasdan, and Harishon Radzi, (2024) Variasi leksikal ‘ular’ dalam Dialek Melayu Kedah: pemetaan beraplikasi GIS. International Journal of the Malay World and Civilisation, 12 (3). pp. 120-134. ISSN 2289-4268
PDF
791kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index
Abstract
Negeri Kedah merupakan sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Kedudukan negeri ini bersempadan dengan negara Thailand dan negeri Perlis di sebelah utara, manakala Pulau Pinang dan Perak berada di sebelah selatan, serta negeri Kelantan di sebelah pantai timur negeri tersebut. Hal ini menjadikannya sebagai sebuah negeri yang unik. Kedudukannya yang unik ini turut memberikan impak kepada kerencaman dialek Melayu yang dituturkan oleh penutur asli di Kedah. Justeru, kajian ini cuba melihat taburan dialek di negeri Kedah, dengan tumpuan khusus kepada leksikal ‘ular’. Leksikal ini dipilih kerana haiwan ini banyak ditemukan di kawasan sawah padi dan biasa dengan kehidupan persekitaran masyarakatnya. Hal ini sesuai dengan julukan Kedah sebagai jelapang padi Malaysia. Kajian geolinguistik ini bermula dengan pengumpulan data leksikal yang dibuat menerusi kajian lapangan di sebelas buah mukim dan 135 buah kampung di negeri Kedah. Data dikutip menggunakan kaedah wawancara terbuka dan rakaman. Sejumlah 892 responden yang terdiri daripada penutur jati dialek Melayu Kedah dari kalangan remaja, dewasa dan warga tua terlibat dalam kajian ini. Bagi memperlihatkan taburan leksikal dan pengaruh geografinya, kajian ini memanfaatkan kemudahan sistem maklumat geografi (GIS) serta perisian ArcGIS yang dapat membantu menjana peta taburan dialek yang lebih tepat dan sistematik. Melalui taburan variasi leksikal pilihan, iaitu ‘ular’ satu peta isoglos telah dihasilkan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa taburan leksikal ‘ular’ di Kedah mempunyai polanya yang tersendiri dan taburannya dapat dikaitkan dengan keadaan geografi setempat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Dialek; Geolinguistik; Kedah; Variasi leksikal; GIS |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 24517 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 18 Nov 2024 07:59 |
Last Modified: | 18 Nov 2024 07:59 |
Repository Staff Only: item control page