Nazirah Lee, (2022) Perisikan British terhadap masyarakat Islam di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 14 . pp. 1-10. ISSN 2229-8924
PDF
173kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1533
Abstract
British sebagai kuasa penjajah memberi perhatian khusus kepada masyarakat Islam di Tanah Melayu ekoran daripada perubahan yang terjadi ekoran daripada Perang Dunia Pertama. Ini kerana British merupakan kuasa utama yang terlibat dalam peristiwa keruntuhan al-Dawlah al-‘Uthmaniyyah dan konflik di Palestin. Walaupun begitu, perkembangan dalam sejarah di Tanah Melayu memperlihatkan tentangan atau kritikan masyarakat Melayu terhadap British dapat dikawal dan kuasa British tetap dihormati oleh sebahagian besar masyarakat. Sehubungan itu, makalah ini menilai bentuk respon dan tindakan British sehingga kuasanya di Tanah Melayu dapat dipelihara sehingga 1957. Untuk itu, makalah ini membincangkan latar belakang perkembangan sejarah dan juga menganalisis aktiviti perisikan yang dilakukan oleh British kepada Muslim pada 1914 hingga 1950an. Ia juga membincangkan secara ringkas tindakan yang dilakukan oleh British ekoran daripada maklumat yang diperolehi melalui perisikan yang dijalankan. Kajian ini berasaskan kepada metodologi penyelidikan sejarah. Perbincangan adalah berasaskan kepada maklumat yang diperolehi daripada sumber primer seperti fail pentadbiran British dan akhbar sezaman sepanjang tempoh kajian. Ringkasnya, penelitian ini berkisar kepada respon British bagi menyelamatkan kedudukannya di Tanah Melayu. Ia menggambarkan dengan mendalam tentang kelicikan kuasa British dalam memastikan masyarakat Muslim kekal terjajah di bawah kuasanya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | British; Haji; Masyarakat Islam; Perisikan; Tanah Melayu |
Journal: | Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies |
ID Code: | 24522 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 19 Nov 2024 12:09 |
Last Modified: | 22 Nov 2024 08:02 |
Repository Staff Only: item control page