Muhammad Anas Alias, and Md Nor Abdullah, (2022) Analysis of selected literature on prefixing (Taqdim and ending (TA’KHIR) language style. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 14 (1). pp. 62-70. ISSN 2229-8924
PDF
290kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1533
Abstract
Fenomena التقديم(pendepanan) dan التأخير (pengakhiran) merupakan salah satu isu gaya bahasa dibahaskan oleh sarjana Nahu dan Balaghah. Terdapat pelbagai faktor dalam proses pendepanan dan pengakhiran yang menarik minat para pengkaji untuk melihat kesannya terhadap konteks ujaran. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meneliti kajian lepas yang dilakukan terhadap gaya bahasa pendepanan dan pengakhiran serta meneliti isu yang boleh dijadikan kajian baru pada masa akan datang. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif berbentuk tinjauan literatur. Data diperoleh daripada pelbagai rujukan seperti buku, disertasi, jurnal dan sebagainya. Data yang diperoleh dianalisis secara tematik dan deskriptif. Dapatan umum menunjukkan kajian pengaplikasian gaya bahasa pendepanan dan pengakhiran terhadap surah-surah dalam al-Qur’an menarik minat ramai pengkaji-pengkaji bahasa. Hal ini kerana terdapat pelbagai faktor mendorong berlaku proses pendepanan dan pengakhiran. Selain itu, terdapat kajian tematik aspek tertentu masih mempunyai ruang untuk diteliti dan dikaji.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pendepanan; Pengakhiran; Gaya bahasa; Bahasa Arab; Balaghah; Al-Qur’an |
Journal: | Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies |
ID Code: | 24527 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 20 Nov 2024 03:43 |
Last Modified: | 20 Nov 2024 03:43 |
Repository Staff Only: item control page