Mohamad Haslan Mokhtar, and Syarul Azman Shaharuddin, and Muhammad Yusuf Marlon Abdullah, and Zulkefli Aini, (2023) Bentuk-bentuk dakwah melalui pengubatan Islam ruqyah shar‘iyyah kepada saudara baru Orang Asli di Selangor. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 15 . pp. 43-56. ISSN 2229-8924
PDF
307kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1619
Abstract
Pelbagai bentuk dakwah yang dijalankan oleh pelbagai pihak kepada masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Salah satunya ialah melalui kaedah perubatan Islam ruqyah shar‘iyyah. Hal ini kerana masyarakat Orang Asli di Malaysia masih mempunyai pegangan yang kuat terhadap perubatan secara tradisional dan sesetengah daripada mereka menolak untuk mendapatkan rawatan di hospital. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji bentuk-bentuk dakwah melalui pengubatan Islam ruqyah shar‘iyyah kepada saudara baru Orang Asli di Selangor. Kajian ini menjalankan metodologi kualitatif iaitu temu bual bersama lima orang yang terlibat secara langsung dengan perubatan Islam dan disokong dengan data kuantitatif sebagai dengan melibatkan 94 orang responden. Dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa perubatan Islam ruqyah shar‘iyyah menyumbang dalam memperkembangkan dakwah dalam masyarakat Orang Asli. Kajian ini mendapati bahawa bentuk-bentuk dakwah yang dijalankan ialah secara berhikmah, nasihat yang baik, mujadalah, hal dan uswah al-hasanah. Masyarakat Orang Asli dilihat lebih suka mendengar nasihat berbanding mengutarakan pendapat atau berbincang berkenaan hal Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bentuk-bentuk dakwah; Pengubatan Islam ruqyah syariyyah; Saudara baru Orang Asli, Selangor |
Journal: | Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies |
ID Code: | 24551 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 23 Nov 2024 04:21 |
Last Modified: | 29 Nov 2024 07:35 |
Repository Staff Only: item control page