Transformasi armada al-‘Uthmaniyyah di bawah pimpinan Hayreddin Barbarossa pada abad ke-16M

Fatimah Az Zahra Mughni, and Ermy Azziaty Rozali, and Ezad Azraai Jamsari, (2023) Transformasi armada al-‘Uthmaniyyah di bawah pimpinan Hayreddin Barbarossa pada abad ke-16M. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 15 . pp. 57-71. ISSN 2229-8924

[img] PDF
295kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1619

Abstract

Kerajaan al-‘Uthmaniyyah memberikan perhatian besar terhadap aktiviti perluasan kuasa dan perkembangan bidang ketenteraan laut. Kepimpinan Hayreddin Barbarossa menjadi salah satu sumber kekuatan ketenteraan armada al-‘Uthmaniyyah selepas beliau mula berkhidmat sebagai Panglima Tentera Laut al-‘Uthmaniyyah secara rasmi pada tahun 1533M. Artikel ini bertujuan menganalisis latar belakang Hayreddin Barbarossa yang membentuk sifat kepimpinannya selain meneliti transformasi armada al-‘Uthmaniyyah di bawah pimpinan Hayreddin Barbarossa. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan mengaplikasi analisis dokumen melalui sumber-sumber primer dan sekunder yang terpilih. Maklumat yang diperoleh kemudiannya disusun secara analisis tematik mengikut objektif yang telah ditetapkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemuncak kegemilangan armada al-‘Uthmaniyyah pada awal abad ke-16M berkait rapat dengan sifat kepimpinan Hayreddin Barbarossa sehingga membolehkan laut Mediterranean berada di bawah pemerintahan al-‘Uthmaniyyah untuk tempoh yang lama. Beliau juga mendapat kepercayaan para sultan dan penduduk serta memperoleh banyak kemenangan dalam pertempuran. Berlaku perubahan yang signifikan dalam bidang ketenteraan al-‘Uthmaniyyah khususnya dalam struktur organisasi, pusat pengoperasian armada al-‘Uthmaniyyah serta teknologi peperangan yang digunakan. Namun begitu, berlaku kemerosotan sedikit demi sedikit dalam organisasi dan pengurusan armada al-‘Uthmaniyyah selepas kematian Hayreddin Barbarossa pada tahun 1546M.

Item Type:Article
Keywords:Hayreddin Barbarossa; Transformasi; Kepimpinan; Armada; Abad ke-16M
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:24552
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:23 Nov 2024 04:30
Last Modified:29 Nov 2024 08:03

Repository Staff Only: item control page