Nik Noraini Mohamad Daud, and Nozira Salleh, (2023) Konsep tasawuf menurut Martin Lings. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 15 . pp. 166-180. ISSN 2229-8924
PDF
255kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1619
Abstract
Golongan orientalis Barat seringkali menggambarkan tasawuf Islam dengan gambaran yang salah. Antaranya mereka menyatakan bahawa sumber ilmu tasawuf diambil daripada agama lain selain Islam dan tasawuf mengandungi unsur-unsur kesatuan manusia dengan Tuhan. Perkara ini merupakan cabaran yang besar kepada aliran arus perdana umat Islam pada masa kini iaitu Ahli Sunah Waljamaah. Hal ini kerana dakwaan sedemikian masih diteruskan oleh mereka dan seharusnya ia perlu ditangani dengan sewajarnya. Namun begitu, tidak semua orientalis Barat membahas tasawuf dalam skop yang salah, masih ada segelintir daripada mereka membincangkannya dalam situasi yang benar sebagaimana yang dilakukan oleh Martin Lings. Justeru, kajian ini secara umumnya bertujuan untuk mengkaji Martin Lings dengan melengkapkan biografinya, pendidikan, karyanya dalam bidang tasawuf dan juga mengkaji pemikirannya mengenai tasawuf. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif iaitu menganalisis buku-buku dan artikel berkaitan dengan tajuk. Hasil kajian mendapati bahawa Martin Lings merupakan tokoh hebat dalam tasawuf dan seharusnya, beliau dan pemikirannya perlu diketengahkan kepada masyarakat Islam agar ia dapat dimanfaatkan dengan baik.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Orientalis barat; Tasawuf; Ahli Sunah Waljamaah; Martin Lings |
Journal: | Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies |
ID Code: | 24562 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 23 Nov 2024 09:12 |
Last Modified: | 29 Nov 2024 08:33 |
Repository Staff Only: item control page