Terjemahan budaya bukan kebendaan dalam novel Siri Saga Twilight: Senjakala

Nursyafieqa ‘Ifwat Mohmod Rofik, and Maizura Osman, (2024) Terjemahan budaya bukan kebendaan dalam novel Siri Saga Twilight: Senjakala. Jurnal Melayu, 23 (1). pp. 35-52. ISSN 1675-7513

[img] PDF
321kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1705

Abstract

Kajian ini membincangkan terjemahan budaya bukan kebendaan dalam novel Siri Saga Twilight: Senjakala (2009) yang telah diterjemahkan daripada novel popular Inggeris iaitu The Twilight Saga: Twilight (2006). Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menyenaraikan unsur budaya bukan kebendaan yang terdapat dalam teks novel Twilight: Senjakala serta menganalisis strategi terjemahan budaya bukan kebendaan yang digunakan oleh penterjemah bagi menterjemah unsur budaya bukan kebendaan teks novel ini. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks iaitu dengan menggunakan korpus yang dipilih sebagai data untuk menghurai unsur budaya bukan kebendaan barat yang terdapat dalam teks novel bahasa sumber yang diterjemah. Kajian ini menggunakan pendekatan budaya material dan non-material serta pendekatan klasifikasi budaya untuk menganalisis unsur budaya bukan kebendaan dalam teks bahasa sumber iaitu bahasa Inggeris yang telah diterjemah kepada teks bahasa terjemahan iaitu bahasa Melayu. Hasil kajian menunjukkan penterjemahan novel bahasa sumber ke bahasa sasaran memperlihatkan banyak percanggahan dari segi budaya kedua-dua masyarakat. Budaya bahasa sumber iaitu bahasa Inggeris banyak menunjukkan norma masyarakatnya yang mengamalkan budaya barat dalam kepercayaan dan kehidupan seharian. Budaya dan kepercayaan ini ternyata tidak sesuai untuk diamalkan dalam masyarakat Melayu. Kajian turut membuktikan strategi penterjemahan secara literal menjadi pilihan utama dan kerap digunakan oleh penterjemah berbanding strategi yang lain kerana kesukaran untuk mencari kesepadanan antara dua budaya iaitu antara budaya dalam teks bahasa sumber dengan budaya dalam teks bahasa sasaran. Kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan dan menjadi panduan kepada kajian penterjemahan pada masa hadapan agar budaya dan bahasa Melayu akan kekal terpelihara.

Item Type:Article
Keywords:Analisis text; Budaya barat; Budaya bukan kebendaan; Penterjemahan literal; Terjemahan novel
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:24568
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:25 Nov 2024 03:41
Last Modified:25 Nov 2024 03:41

Repository Staff Only: item control page