Miss Deela Sinur, and Rahim Aman, and Shahidi A. Hamid, and Rahanee Tehsa, (2024) Dialek Melayu Patani: tinjauan literatur bersistematik. Jurnal Melayu, 23 (1). pp. 77-93. ISSN 1675-7513
PDF
250kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1705
Abstract
Dialek Melayu Patani merupakan salah satu dialek Melayu yang dituturkan di Selatan Thailand. Penyebaran dialek ini adalah di sekitar wilayah Narathiwat, Yala, Patani dan juga sebahagian daripada Songkhla. Berdasarkan beberapa kajian mengenai dialek Melayu Patani yang telah dibincangkan oleh penyelidik terdahulu, dapatlah ditegaskan bahawa belum ada lagi mana-mana penyelidik yang cuba untuk menyusun dan melakukan tinjauan literatur bersistematik (SLR) dalam dialek Melayu Patani. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk menulis satu tinjauan literatur bersistematik ke atas kajian lepas khususnya yang berkaitan dengan dialek Melayu Patani. Bentuk penelitian yang diterapkan dalam kajian ini ialah metode kualitatif berdasarkan model PRISMA. Strategi pencarian sistematik dapat dibahagikan kepada tiga subbahagian iaitu pengenalpastian (identification), penapisan (screening) dan kelayakan (eligibility). Seterusnya, proses pencarian artikel dilakukan di tiga pangkalan data utama iaitu Scopus, Dimensions dan Google Scholar. Terdapat sebanyak 15 artikel yang telah berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan dan telah disertakan dalam artikel ini untuk dianalisis dapatannya. Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa tinjauan literatur bersistematik (SLR) menghasilkan dua tema utama iaitu kajian asas linguistik dan kajian aplikasi linguistik serta menghasilkan lapan subtema. Melalui kajian ini, penyelidik sangat berharap agar ia dapat memberi manfaat, sumbangan penting serta menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang linguistik Melayu, khususnya dalam bidang dialektologi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Dialek Melayu Patani; Linguistic; PRISMA; Selatan Thailand; Tinjauan literatur bersistematik |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 24572 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 25 Nov 2024 04:26 |
Last Modified: | 25 Nov 2024 04:26 |
Repository Staff Only: item control page