Abd Ganing Laengkang, (2024) Lakuan bahasa dalam titah ucapan Sultan Selangor. Jurnal Melayu, 23 (2). pp. 76-96. ISSN 1675-7513
PDF
367kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1740
Abstract
Lakuan bahasa merupakan analisis tindakan seseorang dalam komunikasi, sama ada komunikasi lisan dan tulisan. Ucapan Sultan Selangor dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mengandungi pelbagai tindakan yang boleh memperlihatkan fungsi, peranan dan kuasa dalam sistem pemerintahan negeri. Dalam konteks hari ini, kedudukan Sultan Selangor adalah terhad kerana terikat dengan konsep raja berperlembagaan (Dimon, Z.,2023). Kuasa pentadbiran dan pemerintahan diserahkan kepada badan eksekutif yang diketuai oleh Menteri Besar. Berdasarkan pernyataan ini, timbul persoalan, sejauh mana fungsi, peranan dan kuasa Sultan Selangor dalam sistem pemerintahan ketika ini. Dalam konteks ini, analisis lakuan bahasa berupaya memperlihatkan fungsi, peranan dan kuasa Baginda melalui ucapan sidang DUN. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah untuk menganalisis lakuan bahasa terhadap empat teks ucapan Sultan Selangor yang disampaikan pada penggal ke-14 bagi tahun 2019 hingga 2022 untuk melihat fungsi, peranan dan kuasa Sultan Selangor. Pengkaji memuat turun empat teks ucapan sidang DUN pada 24/9/2022 daripada laman sesawang rasmi kerajaan Selangor, http://dewan.selangor.gov.my. Selepas dimuat turun, data tersebut dianalisis berdasarkan kerangka teori lakuan bahasa Austin (1962) dan Searle (1979) yang telah diperincikan oleh Abd Ganing (2020). Berdasarkan analisis, kajian ini mendapati empat kategori lakuan bahasa, iaitu lakuan pernyataan, arahan, ekspresi dan kritikan. Selain itu, analisis lakuan memperlihatkan bahawa konsep raja berperlembagaan tidak menghilangkan sepenuhnya fungsi, peranan dan kuasa Sultan Selangor dalam sistem pemerintahan. Sultan Selangor sebagai ketua tertinggi di Selangor masih mempunyai fungsi, peranan dan kuasa untuk mengawal dan memastikan negeri Selangor ditadbir dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Lakuan bahasa; Titah Sultan Selangor; Sidang DUN Selangor |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 24581 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 25 Nov 2024 06:49 |
Last Modified: | 25 Nov 2024 06:49 |
Repository Staff Only: item control page