Ginokritikan dalam novel Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad

Nik Nurul Najwa Mohd Yasin, and Mas Rynna Wati Ahmad, (2024) Ginokritikan dalam novel Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad. Jurnal Melayu, 23 (2). pp. 138-149. ISSN 1675-7513

[img] PDF
250kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1740

Abstract

Teknik penulisan dalam sesebuah karya sastera adalah cerminan pemikiran dan keperibadian seseorang penulis. Pemilihan Fatinilam Sari Ahmad dalam skop kajian ini bertujuan untuk memperlihatkan identiti gaya bahasa yang digunakan olehnya dalam proses pengkaryaan novel Perempuan Tanpa Dosa (2000) terbitan Creative Enterprise. Novel ini mengangkat isu yang dihadapi oleh seorang wanita ketika berhadapan dengan dugaan hidup dalam mencari cinta sejati, yang akhirnya mempengaruhi kehidupannya. Kajian ini dijalankan untuk merungkai persoalan mengenai isu kewanitaan dari sudut ginokritikan. Ginokritik adalah satu bentuk kritikan feminis yang memfokuskan analisis kesusasteraan yang ditulis oleh wanita, dengan memberikan penekanan kepada pemahaman tulisan dari perspektif wanita. Istilah ginokritik diperkenalkan oleh Elaine Showalter pada tahun 1979 dan mengangkat pelbagai isu wanita yang merangkumi pelbagai topik berkaitan dengan hak, status, dan kesejahteraan wanita dalam masyarakat. Ini melibatkan banyak aspek kehidupan sosial, ekonomi, politik, dan budaya secara keseluruhannya. Pemilihan teori tersebut dilihat munasabah dengan novel yang dipilih kerana kedua-duanya membincangkan dan mengangkat isu wanita. Kajian ini bertujuan untuk meneroka tradisi sastera wanita serta mendedahkan suara, tema, dan pengalaman penulis wanita yang sering dipinggirkan dalam kritikan sastera tradisional. Makalah ini akan membincangkan dua pendekatan, iaitu ‘Penulisan wanita dan biologi wanita’ serta model ‘Penulisan wanita dan bahasa wanita’ untuk merungkai permasalahan yang berlegar dalam novel ini. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa penulis wanita berupaya mengangkat isu berkaitan wanita dengan lebih teliti kerana bahasa tubuh dan psikologi wanita lebih mudah difahami dan diungkap oleh wanita itu sendiri.

Item Type:Article
Keywords:Novel; Feminsime; Ginokritikan; Model penulisan wanita; Intelektual
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:24584
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:25 Nov 2024 07:25
Last Modified:25 Nov 2024 07:25

Repository Staff Only: item control page