Muhamad Hasrul Zakariah, (2023) Perbandingan sikap kerajaan Parti Buruh Britain berhubung isu Palestin ketika Perang Arab Israel, Jun 1967 dan Perang Yom Kippur, Oktober 1973. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 15 . pp. 230-251. ISSN 2229-8924
PDF
308kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1619
Abstract
Kajian ini menganalisis secara perbandingan sikap kerajaan Parti Buruh Britain berhubung isu Palestin dalam peristiwa Perang Enam Hari Arab-Israel, 1967 dan Perang Yom Kippur, 1973. Pada tahun 1967, Britain dikuasai oleh Parti Buruh di bawah kepimpinan Perdana Menteri Harold Wilson dan George Brown sebagai Setiausaha Luar. Mulai tahun 1974, Parti Buruh kembali memerintah dengan James Callaghan sebagai Setiausaha Luar sebelum menjadi Perdana Menteri pada tahun 1976. Objektif utama penyelidikan ini ialah menganalisis sikap kerajaan Parti Buruh Britain pada dua tempoh masa yang berbeza berhubung isu Palestin dalam konflik Arab Israel. Perbandingan ini diperlukan untuk membetulkan persepsi popular bahawa kerajaan Parti Buruh pada 1967 lebih bersikap pro-Arab manakala kerajaan Parti Buruh era 1970-an bersikap pro-Israel. Reputasi tokoh pro-Arab seperti Setiausaha Luar, George Brown berbanding James Callaghan pada 1973 bagaimanapun tidak menjanjikan perubahan yang signifikan terhadap polisi pro-Israel kerajaan Parti Buruh Britain. Kajian ini mengaplikasikan metodologi disiplin sejarah melalui teknik analisis kualitatif dengan interpretasi keatas dokumen-dokumen arkib, khususnya yang diperolehi di Arkib Nasional United Kingdom di London. Dapatan kajian ini pula mendedahkan sikap kerajaan Parti Buruh Britain dalam dua era ini sebenarnya tidaklah banyak berbeza dan bersifat pro-Israel dalam isu Palestin sepanjang konflik Arab-Israel dari tahun 1967 sehingga selepas tahun 1973.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Britain; Sikap; Parti Buruh; Palestin; Perang Arab Israel |
Journal: | Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies |
ID Code: | 24596 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 26 Nov 2024 08:15 |
Last Modified: | 29 Nov 2024 08:58 |
Repository Staff Only: item control page