Sulhie Sufia Mahathir, and Farid Mat Zain, (2023) Kuala Lumpur: peranan Haji Abdullah Hukum. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 15 . pp. 294-300. ISSN 2229-8924
PDF
144kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1619
Abstract
Selepas merdeka pada tahun 1957, Kuala Lumpur merupakan aset negara yang paling bernilai. Kuala Lumpur yang membangun maju pada zaman sekarang adalah hasil daripada usaha tokoh- tokoh yang berhabisan mempertahankan tanah air. Haji Abdullah Hukum merupakan antara perintis yang terlibat dalam pembangunan Kuala Lumpur pada tahun 1880-an dan beliau turut membuka kawasan Pudu-Bukit Bintang serta Sungai Putih yang kini dikenali sebagai Bangsar.Hasil daripada kerajinan Haji Abdullah Hukum dalam membangunkan Kuala Lumpur melalui ekonomi. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk meneliti sejauh mana peranan Abdullah Hukum dalam perkembangan di Kuala Lumpur. Kajian ini telah menggunakan kaedah pensejarahan dan analisis kandungan iaitu menghimpunkan bahan-bahan rujukan dan maklumat yang didapati melalui internet. Bagi mengukuhkan lagi maklumat kajian, pengkaji turut menggunakan kaedah kajian lapangan dan temubual. Pengkaji telah mengunjungi kawasan kajian dan menemubual responden untuk mendapatkan maklumat secara lebih terperinci. Kajian ini mengupas dan menjelaskan peranan Abdullah Hukum yang dapat mengembangkan Kuala Lumpur menerusi masyarakat yang menetap di Bangsar yang majoritinya adalah kaum Melayu. Haji Abdullah Hukum membuka ruang kepada masyarakat Melayu untuk menaikan taraf mereka melalui ekonomi dengan pembukaan Bangsar dan hasil daripada temu bual bersama Haji Muhamad Rahman yang merupakan penduduk asal di Kampung Haji Abdullah Hukum.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Peranan; Abdullah Hukum; Kuala Lumpur; Sumbangan |
Journal: | Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies |
ID Code: | 24600 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 26 Nov 2024 08:37 |
Last Modified: | 29 Nov 2024 09:06 |
Repository Staff Only: item control page