Kebangkitan Taliban 2.0 dan penguasaannya terhadap Afghanistan

Mohd Roslan Mohd Nor, and Adlin Shaimi Baharom, and Mohamad Fikri Mohd Bakri, and Muhammad Farhan Ishak, (2023) Kebangkitan Taliban 2.0 dan penguasaannya terhadap Afghanistan. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 15 . pp. 28-42. ISSN 2229-8924

[img] PDF
192kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1619

Abstract

Penguasaan Taliban 2.0 ke atas Afghanistan yang berlaku pada 2021 telah mendapat tumpuan seantero dunia disebabkan gerakan ini berjaya menawan semula tampuk pemerintahan selepas menguasai buat kali pertama pada tahun 1996-2001. Selepas era pertama itu, telah berlakunya pencerobohan Amerika Syarikat selama hampir 20 tahun di Afghanistan, sehingga Amerika Syarikat tiba-tiba mengisytiharkan untuk keluar dari Afghanistan pada tahun 2021. Geopolitik Afghanistan yang tidak pernah sunyi daripada peperangan menyebabkan negara ini sering berada dalam keadaan konflik yang berpanjangan. Kemunculan Taliban yang berjaya menguasai Afghanistan pada tahun 1996 telah membawa satu bentuk perubahan yang besar dalam negara sama ada aspek politik, ekonomi, social mahupun pendidikan sehingga menyebabkan pelbagai isu yang timbul dan memberi gambaran yang negatif. Kebangkitan Taliban 2.0 juga dilihat dunia sebagai mimpi buruk yang kali kedua bagi masa depan Afghanistan. Kajian ini membincangkan mengenai sejarah gerakan Taliban 2.0 dan penguasaannya ke atas Afghanistan. Selain itu, kajian ini juga menyentuh isu-isu yang timbul dan polisi yang ditetapkan dibawah pemerintahan Taliban 2.0. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian perpustakaan. Dari aspek pengumpulan data, ia menggunakan kaedah dokumentasi dan data dianalisis menggunakan kaedah analisis teks dan kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat terdapat pihak yang berasa tidak yakin dengan pemerintahan Taliban kali kedua ini. Namun, pihak Taliban meneruskan usaha pentadbiran negara dan mengganggapnya sebagai satu hasil kejayaan apabila dapat menyebabkan Amerika Syarikat tidak lagi menjajah negara mereka secara langsung.

Item Type:Article
Keywords:Taliban; Geopolitik; Afghanistan; Masa depan; Konflik
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:24609
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:02 Dec 2024 07:04
Last Modified:02 Dec 2024 07:19

Repository Staff Only: item control page