Sharifah Shazwani Syed Mohamed, and Ibnor Azli Ibrahim, (2023) Implikasi perubahan kriteria imkan al-rukyah terhadap penentuan hilal dan pembentukan takwim Hijri di Malaysia. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 15 . pp. 193-216. ISSN 2229-8924
PDF
1MB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1619
Abstract
Lazimnya penentuan awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah menurut kaedah fiqh adalah berdasarkan merukyah hilal. Namun, perbezaan pemahaman terhadap tafsiran hadis telah menyebabkan lahirnya dua kaedah bagi menetapkan kenampakan hilal iaitu melalui rukyah dan hisab. Kemajuan teknologi serta perkembangan ilmu telah memungkinkan kedua-dua kaedah ini digabung dan akhirnya menjadi kaedah baharu dalam menentukan jangkaan kenampakan hilal iaitu kaedah imkan al-rukyah (IR). Secara dasarnya, kaedah ini bergantung pada satu kriteria tertentu yang memungkinkan hilal dapat dilihat menggunakan alatan bantuan optik. Bagi negara MABIMS, kaedah imkan al-rukyah telah mula dipraktikkan bermula tahun 1992 dengan berpedomankan kriteria yang telah disepakati. Walau bagaimanapun, pada tahun 2016 terdapat usul untuk meminda kriteria sedia ada dan dipersetujui di antara negara MABIMS. Persoalan yang timbul adalah wujudkah kesan dengan perubahan tersebut? Oleh yang demikian, kajian ini akan meneliti implikasi perubahan kriteria ini terhadap penentuan hilal dalam membentuk takwim Hijri di Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan metode komparatif dengan membandingkan data kriteria IR 1992 dan IR 2016. Hasil kajian ini mendapati perubahan kriteria IR 2016 tidak memberi impak besar terhadap pembentukan takwim Hijri. Akan tetapi perubahan kriteria tersebut memberi sedikit kekeliruan semasa penentuan hilal kerana nilai kriteria IR 2016 memungkinkan hilal dapat dilihat melalui bantuan alatan optik meskipun tidak memenuhi syarat kriteria.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kriteria imkan al-rukyah; Takwim Hijrah; Rukyah; Hilal; MABIMS |
Journal: | Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies |
ID Code: | 24610 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 02 Dec 2024 07:08 |
Last Modified: | 02 Dec 2024 07:24 |
Repository Staff Only: item control page