Susunan perkataan berdasarkan cerita rakyat Masyarakat Iban: analisis program minimalis

Doratya Gerry, and Harishon Radzi, and Fazal Mohamed Mohamed Sultan, (2024) Susunan perkataan berdasarkan cerita rakyat Masyarakat Iban: analisis program minimalis. GEMA: Online Journal of Language Studies, 24 (3). pp. 34-52. ISSN 1675-8021

[img] PDF
610kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1733

Abstract

Bagi masyarakat Iban, cerita rakyat merupakan satu genre sastera yang dimiliki sejak turun temurun. Hal ini dikatakan demikian kerana cerita rakyat dijadikan sebagai satu hiburan kepada masyarakat Iban. Kebanyakan para pengkaji lepas gemar meneliti cerita rakyat dari pelbagai aspek. Misalnya, dari aspek peluasan kosa kata, pengimbuhan kata, unsur seni bahasa, nilai pengajaran dan sebagainya. Namun begitu, penelitian terhadap binaan ayat kurang ditekankan terutamanya dari aspek susunan perkataan dalam cerita rakyat masyarakat Iban. Kajian ini bertujuan mengenal pasti susunan perkataan dalam binaan ayat dan menganalisis struktur binaan ayat berdasarkan cerita rakyat masyarakat Iban yang berkaitan dengan unsur ilmu hitam. Analisis data dijalankan menggunakan Program Minimalis. Pemerolehan data kajian berdasarkan kajian lapangan meliputi dua kaedah, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah temu bual secara tidak berstruktur. Pemilihan lokasi bagi menjalankan proses temu bual dijalankan di bahagian Sri Aman, Sarawak, iaitu di Kampung Abok Pulau Batu. Temu bual yang dijalankan dalam kajian ini melibatkan rakaman dan seterusnya menjalankan transkripsi data dengan menterjemahkan bahasa Iban kepada bahasa Melayu Standard. Data diperoleh melalui kaedah bercerita dan temu bual daripada tiga orang penutur natif Iban yang berumur lingkungan 40 tahun ke atas yang mempunyai pengalaman terhadap cerita rakyat. Analisis kajian menunjukkan bahawa struktur bahasa Iban mempunyai binaan Subjek-Kata kerja-Objek (SKO), Objek-Kata kerja-Subjek (OKS) dan binaan Kata kerja-Objek-Subjek (KOS). Pada masa yang sama, kajian ini telah menunjukkan satu penemuan baru, iaitu bahasa Iban mempunyai kala lepas, penyerapan dan novelti dalam binaan ayat pada susunan perkataan. Dengan itu, kajian ini dapat menyumbang kepada penjelasan teoritikal bagi susunan perkataan dalam struktur binaan ayat bahasa Iban dari sudut pandang Minimalis.

Item Type:Article
Keywords:Susunan perkataan; Binaan ayat; Cerita rakyat; Masyarakat Iban; Program Minimalis
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:24632
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:02 Jan 2025 02:58
Last Modified:02 Jan 2025 02:58

Repository Staff Only: item control page