Potensi peptida sintetik Wolbachia (WolFar) bagi pembangunan biopestisid berdasarkan kesan perubahan histologi pada sel ovari kumbang merah palma, Rhynchophorus ferrugineus

Wan Nurul ‘Ain Wan Mohd. Nor, and Nurul Wahida Othman, and Salmah Yaakop, and Norefrina Shafinaz Md. Nor, (2024) Potensi peptida sintetik Wolbachia (WolFar) bagi pembangunan biopestisid berdasarkan kesan perubahan histologi pada sel ovari kumbang merah palma, Rhynchophorus ferrugineus. Sains Malaysiana, 53 (11). pp. 3593-3605. ISSN 0126-6039

[img] PDF
2MB

Official URL: chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmka...

Abstract

Pendekatan alternatif perlu diterokai dengan mengkaji potensi membangunkan biopestisid berdasarkan aplikasi kawalan biologi menggunakan nematoda, virus dan jangkitan bakteria terhadap serangga perosak untuk menawarkan penyelesaian yang lebih khusus dan lebih selamat berbanding racun kimia. Wolbachia (Rickettsiales: Anaplasmataceae) merupakan bakteria endosimbiotik yang telah mendapat banyak perhatian dan lebih dari sedekad ia digunakan secara meluas terhadap pelbagai pengurusan perosak dan vektor kerana mereka menunjukkan perubahan fisiologi sistem pembiakan dalam serangga yang dijangkiti. Berbanding menggunakan seluruh organisma sebagai agen kawalan biologi, novel Wolbachia sintetik peptida, WolFar telah disesuaikan dari kawasan yang dipelihara protein permukaan Wolbachia (wsp) dan pertama kali diuji pada spesies perosak invasif, kumbang merah palma (RPW), Rhynchophorus ferrugineus. Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti kesan peptida WolFar berbeza kepekatan (0.83 mmol/L dan 1.66 mmol/L) terhadap perubahan sel ovari RPW menggunakan teknik histologi dan pewarnaan H&E. Hasil menunjukkan WolFar boleh dimanipulasi sebagai biopestisid yang berpotensi untuk RPW kerana ia menyebabkan perubahan tidak normal pada histologi sel selepas rawatan. Penemuan baharu kajian ini menunjukkan bahawa peptida berasaskan Wolbachia, WolFar mempunyai potensi besar sebagai alat baharu untuk dibangunkan sebagai formulasi biopestisid untuk mengawal populasi RPW.

Item Type:Article
Keywords:Agen kawalan biologi, Histopatologi, Kumbang perosak
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:24634
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:02 Jan 2025 03:09
Last Modified:02 Jan 2025 03:09

Repository Staff Only: item control page