Zamira Hasanah Zamzuri, and Nor Wazirah Radzman Shah, (2024) Al-Khawarizmi heuristik bagi pautan data dalam menganggarkan bilangan kemalangan jalan raya tidak terlapor. Sains Malaysiana, 53 (11). pp. 3607-3615. ISSN 0126-6039
PDF
411kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num11...
Abstract
Analisis data kemalangan jalan raya adalah sangat penting bagi merancang strategi pencegahan yang optimum serta meminimumkan risiko berlakunya kemalangan. Bilangan kemalangan jalan raya yang dilaporkan sering kali menunjukkan kekerapan sifar yang tinggi, yang dipercayai berasal daripada situasi kemalangan yang tidak dilaporkan. Maka, penganggaran kemalangan tidak dilaporkan adalah amat penting bagi mengelakkan risiko terkurang anggaran dan ketidaktepatan dalam analisis kemalangan jalan raya. Salah satu cara untuk menganggarkan kemalangan tidak dilaporkan ini adalah menerusi perbandingan dua set data dan kadar entri data yang tidak dapat dipadankan menjadi kadar kemalangan tidak dilaporkan. Kajian ini menggunakan teknik pautan data berkebarangkalian bagi memautkan dua set data kemalangan jalan raya yang berasal daripada laporan polis dan rekod hospital dari Januari sehingga Mac 2011. Satu al-Khawarizmi heuristik dibangunkan berdasarkan keperluan semasa proses pautan data dijalankan. Unsur heuristik ini menitikberatkan proses pautan data secara berperingkat bagi mengenal pasti set pengecam yang tidak unik yang digunakan serta tapisan data yang bersesuaian dan rasional bagi anggaran yang ingin dicapai. Seterusnya penukaran unit bagi setiap entri data dari per individu ke per kemalangan juga diperlukan kerana matlamat akhir adalah untuk memperoleh jumlah kemalangan yang tidak dilaporkan. Pautan data yang dijalankan dalam kajian ini menggunakan pengecam bukan unik seperti jantina, umur, bangsa dan jenis kenderaan. Berdasarkan data yang dipautkan dan proses penganggaran yang dilaksanakan, dianggarkan sekitar 68% kemalangan adalah tidak dilaporkan dengan bilangan sebanyak 6366. Al-Khawarizmi heuristik yang dibangunkan ini dapat digunakan untuk pautan data kemalangan jalan raya antara laporan polis dan rekod hospital di Malaysia. Perbandingan antara kemalangan yang dilaporkan dan tidak dilaporkan dalam data hospital turut mendedahkan bahawa kebanyakan kemalangan yang tidak dilaporkan melibatkan kesalahan jenayah serius seperti penggunaan dadah dan alkohol berlebihan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Heuristik; Kemalangan jalan raya; Pautan data; Tidak dilaporkan |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 24637 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 02 Jan 2025 03:19 |
Last Modified: | 06 Jan 2025 04:17 |
Repository Staff Only: item control page