Analisis proksimat dan logam berat dalam tisu kerang (anadara granosa) di beberapa tapak akuakultur di Semenanjung Malaysia

Koh, Siew Min and Koh, Pea Kee and Sim, Khay Tien and Lee, Yook Heng and Salmijah Surif, (2011) Analisis proksimat dan logam berat dalam tisu kerang (anadara granosa) di beberapa tapak akuakultur di Semenanjung Malaysia. Sains Malaysiana, 40 (2). pp. 139-146. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

ini adalah untuk menentukan komposisi protein, lemak dan abu serta mengenal pasti kandungan logam berat dalam tisu kerang yang diambil dari tapak-tapak ternakan di Kuala Juru (Pulau Pinang), Kuala Sepetang (Perak) dan Kuala Selangor (Selangor) untuk meneliti aras keselamatan logam berat dan kandungan zat nutrien dalam isi kerang. Kandungan protein, lemak dan abu dalam tisu kerang masing-masing adalah pada julat 70.0-75.6, 8.9-10.6 dan 9.8-17.5% berat kering. Untuk jumlah tenaga ialah 371.0, 384.2 dan 377.9 kcal/100 g berat kering kerang masing-masing untuk sampel dari Kuala Juru, Kuala Sepetang dan Kuala Selangor. Aras logam perlu dalam tisu kerang ialah Cu = 2.4-16.3, Fe = 421.0-1350.0, Mn = 10.0-38.1 dan Zn = 72.2-201.7 μg/g berat kering manakala kepekatan logam toksik adalah Cd = 1.3-12.2, Cr = 4.3-9.8, Ni = 8.3-20.8 dan Pb = 4.1-20.8 μg/g berat kering. Sebagai kesimpulan, didapati bahawa pengambilan harian sebanyak 1.50 g Pb (berat kering) kerang dari Kuala Sepetang dan juga melebihi 5.78 g Cd (berat kering) untuk kerang dari Kuala Selangor boleh meningkatkan risiko kesihatan.

Item Type:Article
Keywords:Analisis proksimat; kerang; logam berat
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:2464
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:02 Aug 2011 08:24
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page