Pengambilan makanan, kadar pertumbuhan dan kecekapan penukaran makanan bagi ikan inggu Amphiprion ocellaris menggunakan diet buatan

Nurain Naziratul Akma Mohamad Daud, and Mohamad Saupi Ismail, and Khoo, Mei Ling (2024) Pengambilan makanan, kadar pertumbuhan dan kecekapan penukaran makanan bagi ikan inggu Amphiprion ocellaris menggunakan diet buatan. Sains Malaysiana, 53 (11). pp. 3629-3637. ISSN 0126-6039

[img] PDF
727kB

Official URL: chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmka...

Abstract

Ikan inggu yang berwarna-warni dan interaksinya dengan buran laut telah menarik perhatian penggemar ikan laut di seluruh dunia menyebabkan permintaannya semakin meningkat. Namun, kebanyakan ikan inggu yang dipasarkan ditangkap daripada kawasan semula jadi. Ternakan ikan hiasan marin tidak popular dalam kalangan penternak tempatan kerana kos makanan yang tinggi dan jumlah pemakanan yang optimum kurang diketahui bagi memastikan ikan tersebut sihat dan membesar. Justeru, kajian ini memberi penekanan kepada penentuan kekerapan dan kadar pengambilan makanan yang optimum untuk Amphiphion ocellaris, nisbah penukaran makanan (FCR) serta kadar tumbesaran menggunakan diet buatan. Dalam kajian ini, empat frekuensi pemberian makanan berbeza (1 hingga 4 kali sehari) kepada Amphiprion ocellaris telah dijalankan bagi menentukan kekerapan pemakanan optimum. Ikan diberi makan hingga kenyang setiap kali dan jumlah yang dimakan direkodkan. Peningkatan panjang ikan direkodkan setiap dua minggu. Sepanjang tempoh 24 minggu kajian, pertambahan panjang ikan dikesan setiap dua minggu. Semua frekuensi pemberian makanan menghasilkan corak tumbesaran secara beransur-ansur. Kekerapan pemberian makanan tiga kali menunjukkan pertumbuhan panjang tertinggi dengan 0.388 cm diikuti dua kali dengan 0.356 cm. Ikan yang diberi makan tiga kali sehari menunjukkan nilai FCR yang terendah iaitu 3.146 + 2.370 (p<0.05) dan jumlah makanan diambil paling minimum iaitu 93.229 ± 5.938 g. Kesimpulannya, kekerapan pemberian makanan yang optimum untuk ikan inggu adalah tiga kali sehari untuk menghasilkan peningkatan panjang tertinggi dan jumlah pengambilan makanan terendah.

Item Type:Article
Keywords:Ikan hiasan marin; Kekerapan pemberian makanan; Nisbah penukaran makanan; Tumbesaran
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:24642
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:02 Jan 2025 03:38
Last Modified:06 Jan 2025 04:28

Repository Staff Only: item control page