Zarul Khaliff Kamal, and Noriszura Ismail, and Zaidi Isa, and Nurul Hanis Aminuddin Jafry, (2024) Pengeluaran optimum dan mampan: aplikasi pelan caruman tertakrif di Malaysia. Sains Malaysiana, 53 (11). pp. 3639-3649. ISSN 0126-6039
PDF
656kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num11...
Abstract
Perancangan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Malaysia meliputi dua fasa utama iaitu fasa yang melibatkan pengumpulan caruman dalam tahun-tahun bekerja dan fasa yang melibatkan pengeluaran caruman terkumpul. Dalam fasa pertama, KWSP menyediakan beberapa pilihan bagi pengeluaran pra-persaraan selain mengumpul caruman untuk persaraan. Dalam fasa kedua, KWSP hanya menyediakan opsyen pengeluaran secara sekali gus di awal tahun persaraan. Sekiranya pencarum tidak melakukan perancangan pengeluaran pra-persaraan yang strategik, caruman terkumpul mungkin tidak dapat menyediakan pendapatan persaraan yang mencukupi. Di samping itu, sekiranya pesara tidak melakukan perancangan pengeluaran yang bertaktikal, pesara akan berhadapan dengan risiko kemusnahan kewangan. Kajian ini bertujuan untuk membina dua model beraktuari, iaitu model pengeluaran optimum dan model pengeluaran mampan, bagi pengeluaran persaraan dengan aplikasi pelan caruman tertakrif di Malaysia (KWSP). Hasil kajian mendapati bagi model pengeluaran optimum, pesara yang mempunyai kadar penghindaran risiko yang lebih tinggi dijangka melakukan pengeluaran yang lebih kecil di awal tahun persaraan untuk menikmati pengeluaran yang lebih besar di akhir tempoh persaraan. Bagi model pengeluaran mampan, pesara yang mempunyai kebarangkalian kemusnahan kewangan yang lebih rendah adalah pesara yang menyimpan wang persaraannya ke dalam Unit Amanah. Model pengeluaran optimum sesuai untuk pesara yang ingin memaksimumkan penggunaan kekayaan persaraan, terutamanya jika mereka mempunyai kesihatan yang kurang baik dan menjangka jangka hayat yang lebih pendek. Model pengeluaran mampan pula lebih sesuai bagi pesara yang mempunyai kesihatan yang baik serta ingin mengambil peluang daripada pulangan pelaburan yang tinggi hasil daripada pelaburan kekayaan persaraan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Caruman tertakrif, Pengeluaran mampan, Pengeluaran optimum, Persaraan, Unit amanah |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 24644 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 02 Jan 2025 04:04 |
Last Modified: | 02 Jan 2025 04:04 |
Repository Staff Only: item control page