Fauziah Ibrahim, and Siti Noradilah Zainal, and Ezarina Zakaria, and Wan Shahrazad Wan Sulaiman, and Mohammad Rahim Kamaluddin, and Sheerad Sahid, (2024) Penggunaan media sosial, kemahiran komunikasi dan penggunaan teknologi maklumat dalam memperkasakan keusahawanan bekas banduan di Malaysia. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (4). pp. 1-15. ISSN 1823-884x
PDF
460kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Kebanyakan banduan berhadapan dengan cabaran untuk mendapatkan pekerjaan setelah dibebaskan daripada tahanan Penjara. Keusahawanan merupakan salah satu cabang kerjaya yang signifikan untuk diceburi oleh bekas banduan bagi memulakan kerjaya dan kehidupan baharu setelah dibebaskan dari tahanan Penjara. Oleh itu kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana penggunaan media sosial, kemahiran komunikasi dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat bagi menyokong aspek keusahaanan dalam kalangan bekas banduan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuantitatif secara tinjauan keratan-lintang (cross-sectional study). Seramai 354 orang banduan yang telah dibebaskan daripada tahanan tetapi masih berada dalam tempoh pengawasan pihak Jabatan Penjara Malaysia (JPM) telah dipilih sebagai responden kajian. Data kajian dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science for Windows (SPSS for Windows). Hasil kajian mendapati majoriti bekas banduan mempunyai akaun facebook dan whatsapp. Manakala selebihnya mempunyai akaun email, youtube, tik tok, instagram dan twitter. Analisis deskriptif pula mendapati tahap kemahiran komunikasi dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan banduan berada pada tahap yang sederhana ke tahap yang tinggi. Hasil kajian ini memberi implikasi kepada pihak yang berkepentingan khususnya kepada Jabatan Penjara Malaysia ke arah keperluan penyediaan pelan strategik untuk pembangunan modul, program-program latihan, pementoran dan kemahiran keusahawanan yang memberi penekanan terhadap aspek meningkatkan komunikasi dan penggunaan teknologi maklumat bagi mempersiapkan peluang pekerjaan dan pembudayaan keusahawanan dalam kalangan bekas banduan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Media sosial; Komunikasi; Teknologi maklumat; Keusahawanan; Banduan |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 24663 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 09 Jan 2025 08:26 |
Last Modified: | 09 Jan 2025 08:26 |
Repository Staff Only: item control page