Daya tahan usahawan Program Agropreneur Muda Terengganu berdasarkan perspektif pegawai pelaksana

Siti Aishah Sudin, and Siti Hajar Kamaruddin, and Roslina Ismail, (2024) Daya tahan usahawan Program Agropreneur Muda Terengganu berdasarkan perspektif pegawai pelaksana. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (4). pp. 419-435. ISSN 1823-884x

[img] PDF
383kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Kadar pengangguran dalam kalangan belia telah menjadi kebimbangan negara pada masa kini. Kerajaan telah mengambil langkah untuk mengurangkan pengangguran dalam kalangan belia melalui bidang keusahawanan. Walau bagaimanapun, majoriti usahawan belia dilihat tidak dapat bertahan dalam jangka masa yang panjang dalam menjalankan perniagaan mereka. Tambahan pula, literatur berkaitan daya tahan dalam bidang keusahawanan terutamanya pertanian masih terhad. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan cabaran usahawan agro belia Program Agropreneur Muda (PAM) negeri Terengganu dalam menjalankan perusahaan agro berdasarkan perspektif pegawai pelaksana. Kajian ini turut dilaksanakan bagi mengkaji faktor pelindung yang menyumbang kepada daya tahan usahawan agro belia. Kajian ini menggunakan pendekatan secara kualitatif melalui kaedah temubual separa berstruktur terhadap lapan orang informan yang terdiri daripada pegawai pelaksana PAM negeri Terengganu. Manakala data temu bual kajian dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat lima cabaran utama yang dihadapi oleh usahawan agro belia PAM iaitu prosedur dan kepatuhan yang kompleks, kekangan kewangan, ketidakstabilan harga pasaran, sikap kebergantungan terhadap bantuan kerajaan, dan peluang pekerjaan lain yang lebih menarik dan berpatutan. Walau bagaimanapun, faktor pelindung dalaman dan luaran telah membantu usahawan untuk terus berdaya tahan dan kekal dalam perniagaan mereka. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai rujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung untuk memperbaiki dan merangka inisiatif serta dasar yang lebih berkesan untuk meningkatkan daya tahan usahawan agro belia di dalam sektor ini.

Item Type:Article
Keywords:Daya tahan; Usahawan belia; Program Agropreneur Muda; Cabaran; Faktor pelindung
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:24665
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:09 Jan 2025 08:26
Last Modified:09 Jan 2025 08:26

Repository Staff Only: item control page