Rohaida Mazlan, and Zamri Mahamod, and Khairul Azhar Jamaludin, (2024) Isu serta cadangan penambahbaikan kualiti pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan Bahasa Melayu sekolah menengah. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (4). pp. 153-163. ISSN 1823-884x
PDF
388kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Penulisan karangan merupakan kemahiran paling sukar dan kompleks untuk dikuasai oleh murid yang turut memberi cabaran kepada guru bahasa Melayu dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) penulisan karangan. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh murid sekolah menengah semasa penulisan karangan dan cabaran pelaksanaan PdP penulisan karangan menurut perspektif guru. Kajian ini mengetengahkan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian tinjauan dan menggunakan kaedah perbincangan kumpulan berfokus (PKB) bagi mendapatkan data kajian. Kajian ini telah melibatkan sembilan orang guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan seorang Pegawai Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah atau lebih dikenali sebagai School Improvement Specialist Coaches (SISC+) Bahasa. Dapatan PKB telah dianalisis secara tematik menggunakan perisian NVivo versi 12plus. Kajian ini mendapati dua isu utama dalam pelaksanaan PdP penulisan karangan di sekolah menengah, iaitu kelemahan penguasaan penulisan karangan dalam kalangan murid dan kekangan masa yang dihadapi guru semasa PdP serta penilaian penulisan karangan murid. Bagi mengatasi isu ini, pendekatan yang lebih fleksibel dan interaktif, seperti penggunaan teknologi, disarankan bagi membantu pengurusan masa dan meningkatkan minat murid dalam penulisan. Dapatan ini penting sebagai panduan untuk memperbaiki PdP penulisan karangan pada masa akan datang melalui pendekatan yang lebih praktikal dan efektif.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengajaran dan Pembelajaran; Penulisan karangan; Perbincangan kumpulan berfokus; Sekolah menengah; Cabaran Guru Bahasa Melayu; Analisis tematik |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 24669 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 09 Jan 2025 08:26 |
Last Modified: | 09 Jan 2025 08:26 |
Repository Staff Only: item control page