Masalah fonologi Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar universiti di China

Zaiton Zakarya, and Salinah Ja’afar, and Mardian Shah Omar, and Li, Wanjun (2024) Masalah fonologi Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar universiti di China. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (4). pp. 231-245. ISSN 1823-884x

[img] PDF
484kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Isu berkaitan masalah fonologi dalam kalangan pelajar asing kini sering diperkatakan dalam kalangan sarjana, terutamanya dengan meningkatnya permintaan untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Di negara China, kini terdapat 17 buah institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian bahasa Melayu. Artikel ini bertujuan untuk meneroka masalah yang dihadapi oleh pelajar China dalam menguasai fonologi bahasa Melayu semasa mengikuti kuliah Bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu pengumpulan data yang diperoleh dalam kuliah Bahasa Melayu pelajar tahun 1 dengan mendiskripsikan ujaran yang dilafazkan oleh pelajar. Keputusan memperlihatkan faktor yang menyumbang kepada cabaran yang dihadapi oleh pelajar China dalam menguasai fonologi bahasa Melayu, iaitu perbezaan sistem fonologi bahasa China dan bahasa Melayu. Masalah fonologi yang kerap timbul dalam kalangan pelajar China ialah sebutan bagi huruf r, sengauan ny dan ng, dan perbezaan sebutan bagi huruf konsonan b,p, k, g, t, dan d. Pendedahan awal kepada sistem fonetik bahasa Melayu, penggunaan pasangan minimal dan menjalankan kaedah banding-beza boleh meningkatkan tahap pemerolehan fonologi dalam bahasa Melayu. Hasil kajian ini dapat memberi gambaran tentang masalah fonologi yang kerap kali timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dari aspek pertuturan. Dapatan kajian dan cadangan yang dibincangkan ini diharapkan dapat membantu tenaga pengajar memahami masalah yang dihadapi dan merancang aktiviti pengajaran yang lebih efektif dan berkesan terutamanya dalam bidang fonetik bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Melayu; Masalah fonologi; Pelajar China; Pelajar universiti; Sebutan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:24672
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:09 Jan 2025 08:25
Last Modified:10 Jan 2025 08:04

Repository Staff Only: item control page