Hubungan amalan pembangunan profesionalisme berterusan guru dengan kualiti PdPc guru di Sarawak

Josephine Ambon, and Bity Salwana Alias, and Azlin Norhaini Mansor, (2024) Hubungan amalan pembangunan profesionalisme berterusan guru dengan kualiti PdPc guru di Sarawak. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (4). pp. 77-91. ISSN 1823-884x

[img] PDF
864kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru, namun masih terdapat guru yang tidak menekankan kualiti dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara amalan pembangunan profesionalisme berterusan guru (PPBG) dengan kualiti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru sekolah rendah di Sarawak. Amalan PPBG mempunyai lima dimensi iaitu tahap profesional, percubaan, refleksi dan maklum balas, kolaborasi rakan dan kolaborasi sekolah, manakala kualiti PdPc guru mempunyai tiga dimensi; perancangan PdPc, pelaksanaan PdPc dan pentaksiran PdPc, di mana setiap dimensi mempunyai peranannya tersendiri. Seramai 113 orang guru terlibat sebagai responden. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences 29 (SPSS) bagi melihat tahap dan hubungan kedua-dua pemboleh ubah. Dapatan menunjukkan bahawa tahap amalan PBBG adalah pada tahap tinggi manakala kualiti PdPc guru pula adalah pada tahap sangat tinggi. Keputusan juga menunjukkan terdapat hubungan antara amalan PPB guru dengan kualiti PdPc guru. Dari segi implikasinya, kajian ini menunjukkan kepentingan penekanan terhadap amalan PPBG dalam meningkatkan kualiti PdPc guru di sekolah rendah. Dapatan kajian ini boleh digunakan oleh pihak berkepentingan dalam pendidikan untuk merancang dan melaksanakan program pembangunan profesional yang lebih berkesan bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru.

Item Type:Article
Keywords:Pembangunan profesionalisme berterusan; Pembelajaran dan pemudahcaraan; Kualiti pengajaran guru; Guru; CPD; PdPc
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:24679
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:09 Jan 2025 08:25
Last Modified:09 Jan 2025 08:25

Repository Staff Only: item control page