Khadijah Muda, (2024) Penerimaan dan penghayatan generasi hari ini terhadap unsur tradisi Perlembagaan Persekutuan menurut perspektif pakar. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (4). pp. 300-311. ISSN 1823-884x
PDF
376kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Arus pemodenan dan kepesatan teknologi hari ini menyaksikan lahirnya generasi yang banyak bergantung pada teknologi maklumat dan komunikasi. Kesannya pelbagai pengaruh dalam dan luar negara mampu mempengaruhi mereka dalam segenap aspek. Iman yang teguh dan jati diri kukuh menjadi benteng utama. Kajian ini ingin mengkaji tentang penerimaan dan penghayatan generasi hari ini terhadap unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan menurut perspektif pakar. Kaedah metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu temubual dilakukan terhadap enam orang pakar. Pakar dipilih dari bidang sosiologi perlembagaan, undang-undang, sejarah dan pembinaan bangsa. Hasil temubual dapat dilihat dari segi penggunaan bahasa Melayu yang agak sederhana, jurang antara kelas sosial iaitu kelas elit lebih mempunyai banyak peluang berbanding orang biasa, sekolah yang menghimpunkan semua etnik mampu mewujudkan perpaduan antara kaum, penghayatan generasi sekarang terhadap unsur tradisi kurang berbanding generasi dahulu, diskriminasi positif, perpaduan masyarakat Malaysia, unsur tradisi dikekalkan dan keharmonian antara kaum di Malaysia. Hasil dapatan ini juga mendedahkan bahawa pada pandangan pakar generasi hari ini menerima unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi dari segi penghayatan agak kurang. Ini dikaitkan dengan penggunaan bahasa Melayu, isu-isu agama yang dimainkan, penghayatan agama dan ketidakpuasan hati terhadap kedudukan orang Melayu dan bumiputera. Implikasi daripada kajian ini, pendedahan dan pemahaman masyarakat tentang elemen unsur tradisi ini perlu diperkasakan lagi dalam kalangan generasi muda agar penghayatan mereka dapat ditingkatkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Unsur tradisi; Kontrak sosial; Perlembagaan Persekutuan; Penghayatan; Melayu; Islam |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 24702 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 09 Jan 2025 08:24 |
Last Modified: | 09 Jan 2025 08:24 |
Repository Staff Only: item control page