Persepsi pengundi terhadap kepimpinan wanita dalam politik

Siti Marziah Zakaria, and Azahah Abu Hassan Shaari, and Junaidi Awang Besar, and Surendran Rajaratnam, and Norhayati Alias, (2024) Persepsi pengundi terhadap kepimpinan wanita dalam politik. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (4). pp. 322-332. ISSN 1823-884x

[img] PDF
385kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Kekesalan ke atas kegagalan kebanyakan parti politik di Malaysia untuk mengiktiraf wanita sebagai pemimpin dan ditampilkan sebagai calon bagi PRU15 yang lalu telah disuarakan oleh Jawatankuasa Pemantauan PRU15 (PantauPRU15). Parti politik seharusnya bertanggungjawab untuk meningkatkan jumlah wanita yang dicalonkan untuk bertanding dalam PRU. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan untuk menilai persepsi pengundi terhadap kepimpinan wanita dan pencalonan dalam pilihan raya. Kajian ini dijalankan melalui soal selidik secara atas talian ke atas pengundi-pengundi di enam buah negeri yang telah terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu. Pengundi-pengundi dari negeri-negeri ini telah dipilih secara persampelan bertujuan bagi menjawab persoalan kajian. Jumlah responden yang telah terlibat dalam kajian ini ialah seramai 399 orang responden. Dapatan menunjukkan bahawa majoriti pengundi mempunyai persepsi positif terhadap kepimpinan wanita dan pencalonan wanita dalam pilihan raya. Lebih dari separuh responden bersetuju bahawa wanita harus diberikan lebih banyak jawatan dalam politik. Manakala kebanyakan dari reponden pula berpandangan bahawa lebih ramai wanita perlu dicalonkan sebagai ADUN. Sejumlah besar juga percaya bahawa wanita boleh memberikan komitmen yang tinggi sekiranya dilantik sebagai ADUN. Secara keseluruhannya, pengundi mempunyai persepsi yang positif dan keyakinan terhadap pemimpin wanita. Ramai yang berpandangan bahawa calon ADUN wanita boleh menjadi pemimpin yang efektif jika diberikan latihan dalam kepimpinan. Dapatan ini boleh memberi input yang penting kepada kerajaan serta agensi-agensinya untuk terus menggiatkan usaha bagi menyediakan latihan dan sokongan kepada bakal pemimpin-pemimpin politik wanita di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Pemimpin wanita; Pilihan raya negeri; Politik; Stereotaip gender; ADUN; Kepimpinan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:24705
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:09 Jan 2025 08:24
Last Modified:10 Jan 2025 08:55

Repository Staff Only: item control page