Gaya bahasa dan motivasi pelajar antarabangsa dalam pembelajaran Bahasa Melayu

Nor Fatin Adlina Mohd Salleh, and Zarina Othman, (2024) Gaya bahasa dan motivasi pelajar antarabangsa dalam pembelajaran Bahasa Melayu. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (4). pp. 333-345. ISSN 1823-884x

[img] PDF
424kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Pelajar pascasiswazah antarabangsa di universiti tempatan perlu mengambil kursus Bahasa Melayu semasa pengajian mereka. Memandangkan pelajar berada di peringkat umur yang lebih matang dan mempunyai kepelbagaian latar belakang, adalah perlu bagi tenaga pengajar mengambil pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian. Permasalahan yang diperhatikan ialah senario di mana pelajar pascasiswazah kurang bermotivasi untuk memberi respon dan berinteraksi bersama tenaga pengajar atau rakan semasa mengikuti kelas Bahasa Melayu Komunikasi Antarabangsa (Malay Language for International Communication). Berdasarkan pemerhatian di dalam kelas, didapati gaya bahasa yang digunakan dalam kuliah boleh mempengaruhi motivasi pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungkait antara wacana dan gaya bahasa (verbal dan non-verbal) yang digunakan oleh tenaga pengajar dengan motivasi pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan kuantitatif dan kualitatif, yang melibatkan 50 orang responden bagi pengumpulan data kuantitatif melalui soal selidik, dan 10 orang informan untuk temu bual bagi data kualitatif. Hasil dapatan soal selidik telah dianalisis dalam bentuk kekerapan, perbezaan dan peratusan. Manakala hasil dapatan temu bual dianalisis secara analisis kandungan menggunakan analisis tema melalui pengekodan dan pengkategorian. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa gaya bahasa verbal yang merangkumi kata yang baik, bahasa kasual dan ramah telah meningkatkan motivasi pelajar. Gaya bahasa non-verbal seperti intonasi, mimik muka serta sikap positif tenaga pengajar juga didapati meningkatkan motivasi pelajar. Implikasi daripada kajian ini penting untuk mendedahkan kepentingan penggunaan bahasa verbal dan non-verbal yang baik oleh tenaga pengajar dalam mempengaruhi motivasi pelajar. Ia juga mendorong pelajar memberikan kerjasama yang baik serta bersikap responsif dalam proses pembelajaran.

Item Type:Article
Keywords:Gaya bahasa verbal; Gaya bahasa non-verbal; Motivasi pelajar; Pelajar pascasiswazah antarabangsa; Bahasa Melayu
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:24706
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:09 Jan 2025 08:24
Last Modified:09 Jan 2025 08:24

Repository Staff Only: item control page