Muhammad Nur Arif Abdul Manaf, and Mohd Firdaus Abdullah, (2024) “Majalah Mingguan, Pandangan dan Fikiran”: perkembangan Majalah Sinaran, 1950-1951. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (4). pp. 476-485. ISSN 1823-884x
PDF
506kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Peranan Singapura sebagai pusat perdagangan telah menjadikan lokasi tersebut sebagai tumpuan wartawan, penulis, sasterawan, dan bintang filem untuk mencipta karya. Ini telah memberi sumbangan tidak langsung kepada pertumbuhan industri percetakan, akhbar, industri media, dan hiburan. Keadaan ini juga mendorong timbulnya akhbar dan majalah berbahasa Melayu seperti Majalah Sinaran, yang memainkan peranan penting dalam pembangunan intelektual, sosial, dan politik masyarakat Melayu, sama ada sebelum atau selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Majalah Sinaran, yang diterbitkan bermula pada tahun 1950, berfokus kuat pada isu-isu keagamaan dan memegang peranan penting dalam membincangkan isu-isu berkaitan Islam di Tanah Melayu dan di luar negara. Kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauh mana perkembangan dan peranan Majalah Sinaran sebagai majalah bertemakan Islam di Tanah Melayu dari tahun 1950 hingga tahun 1951. Kajian ini menggunakan sepenuhnya pendekatan kualitatif yang melibatkan proses heuristik, kritikan, analisis, dan histriografi. Hasil kajian menunjukkan bahawa Majalah Sinaran memainkan peranan penting dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan Islam yang berlaku di Tanah Melayu. Situasi ini juga boleh dilihat melalui keterlibatan majalah ini dalam tragedi Natrah, yang menyebabkan pihak British merasa terancam dengan penerbitan majalah ini melalui tulisan pengarangnya, Karim Ghani. Tambah implikasi kajian Kajian ini menonjolkan sumbangan signifikan Majalah Sinaran dalam membentuk wacana isu-isu berkaitan Islam di Tanah Melayu. Pendekatan editorialnya yang berani bukan sahaja menyediakan platform untuk perbincangan intelektual, tetapi juga mencerminkan aspirasi sosio-politik yang lebih luas dalam kalangan masyarakat Melayu. Selain itu, kajian ini menunjukkan bagaimana media cetak boleh menjadi ejen perubahan, yang mempengaruhi perkembangan intelektual dan budaya yang bertumpukan di Tanah Melayu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Majalah Sinaran; Tanah Melayu; Karim Ghani; Melayu; Islam |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 24711 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 09 Jan 2025 08:23 |
Last Modified: | 09 Jan 2025 08:23 |
Repository Staff Only: item control page