Siti Fatimah Ismail, and Junaidi Awang Besar, (2024) Literasi politik pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (4). pp. 486-499. ISSN 1823-884x
PDF
565kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai literasi politik pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan, terutamanya semasa Pilihan Raya Umum ke-15. Literasi politik merujuk kepada tahap kefahaman pengundi mengenai sistem politik, hak warganegara, dan proses membuat keputusan politik. Seramai 385 responden terlibat dalam kajian ini, terdiri daripada pelbagai latar belakang demografi termasuk jantina, umur, dan etnik. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti soal selidik atau analisis statistik serta temu bual dalam mendapatkan gambaran yang lebih komprehensif dalam penggunaan pendekatan metodologi. Dapatan menunjukkan media cetak masih menjadi sumber maklumat utama, manakala media sosial digunakan secara minimum. Majoriti pengundi menyatakan bahawa ideologi parti politik memainkan peranan penting dalam keputusan mengundi, dengan sebahagian besar mereka lebih cenderung memilih parti berbanding calon. Pengundi di kawasan ini juga menunjukkan sokongan yang kuat terhadap nilai-nilai seperti integriti, keadilan, dan tanggungjawab sosial. Kajian ini mendapati bahawa faktor pendidikan menjadi faktor prediktor yang kukuh dalam menentukan literasi politik di mana pengundi yang mempunyai pendidikan tinggi lebih dapat memahami struktur politik, proses pilihan raya serta kecenderungan dalam mengundi bagi melibatkan diri dalam politik. Faktor akses terhadap teknologi dan media yang juga dipengaruhi oleh faktor pendidikan dan pendapatan yang secara tidak langsung menjejaskan literasi politik pengundi. Walau bagaimanapun, penglibatan pengundi dalam parti politik masih rendah, walaupun terdapat minat yang tinggi terhadap ceramah politik. Kajian ini mencadangkan agar pendidikan politik dipertingkatkan untuk memperluas literasi politik, terutamanya di kalangan golongan muda. Kesimpulannya, literasi politik yang lebih mendalam mampu meningkatkan penyertaan politik yang lebih bermakna dalam proses demokrasi Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Literasi Politik; Media; Pilihan Raya ke-15; Tingkah laku politik; Demokrasi |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 24712 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 09 Jan 2025 08:23 |
Last Modified: | 09 Jan 2025 08:23 |
Repository Staff Only: item control page