Modal budaya dan kebergantungannya kepada generasi kedua kelapa sawit: kajian kes pekebun kecil sawit di Jengka 5, Maran, Pahang

Nur Dania Asyiqin Zulkifli, and Azima Abdul Manaf, (2024) Modal budaya dan kebergantungannya kepada generasi kedua kelapa sawit: kajian kes pekebun kecil sawit di Jengka 5, Maran, Pahang. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (4). pp. 500-511. ISSN 1823-884x

[img] PDF
431kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Industri pertanian merupakan sektor ketiga terpenting dalam ekonomi Malaysia dengan sumbangan besar kepada pengeluaran dan eksport minyak sawit global. Kejayaan industri ini telah menarik minat generasi kedua untuk terus kekal sebagai pekebun kecil. Kebanyakan pengkaji lepas melihat faktor yang menyebabkan generasi kedua terus kekal sebagai pekebun dalam industri sawit, hanya dalam konteks modal ekonomi dan modal sosial semata-mata. Namun, tiada kajian yang menekankan peranan modal budaya dalam memastikan kesinambungan generasi kedua dalam industri sawit. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen modal budaya yang menjadi faktor pendorong pekebun kecil terus kekal dalam industri sawit dan menganalisis tahap pengaruh elemen-elemen tersebut terhadap keberadaan generasi kedua di dalam industri sawit. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif melibatkan 151 pekebun kecil generasi kedua di kawasan kajian, yang memberikan pandangan dan respons melalui borang soal selidik. Hasil kajian mendapati enam elemen modal budaya yang mempengaruhi keberadaan generasi kedua dalam industri sawit. Elemen-elemen tersebut termasuklah sikap, budaya kebendaan, faktor persekitaran, nilai, kemahiran, dan pengetahuan, yang kesemuanya mempengaruhi tingkah laku generasi kedua untuk terus kekal sebagai pekebun kecil dalam industri kelapa sawit. Implikasinya, keberadaan golongan generasi kedua sebagai pekebun kecil sangat dipengaruhi oleh modal budaya dalam konteks sikap, budaya kebendaan, faktor persekitaran, nilai, kemahiran dan pengetahuan. Oleh yang demikian, pihak Kerajaan perlu memberi penekanan kepada elemen tersebut yang mempengaruhi tingkah laku mereka untuk terus kekal dalam industri sawit ini.

Item Type:Article
Keywords:Pekebun kecil; Kelapa sawit; Modal sosial; Generasi ke-2; Industri sawit
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:24713
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:09 Jan 2025 08:23
Last Modified:09 Jan 2025 08:23

Repository Staff Only: item control page