Kesejahteraan fizikal dan health-seeking behaviour penjaga utama warga tua: kajian di Besut, Terengganu

Suridah Ali, and Mimi Hanida Abdul Mutalib, (2024) Kesejahteraan fizikal dan health-seeking behaviour penjaga utama warga tua: kajian di Besut, Terengganu. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (4). pp. 598-607. ISSN 1823-884x

[img] PDF
348kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Tugas penjagaan tidak formal warga tua yang dilakukan secara jangka panjang sangat mencabar dan membebankan penjaga utama terutama bagi yang melakukannya secara sepenuh masa. Penjagaan warga tua sekiranya dilakukan secara jangka panjang boleh mempengaruhi kesejahteraan fizikal penjaga utama. Walaupun berperanan sebagai penjaga utama, mereka mempunyai kemampuan dan kemahiran yang terbatas dalam menjaga warga tua. Tambahan pula, kebanyakan daripada mereka juga telah tua dan menghidap penyakit. Oleh itu, tujuan artikel ini dihasilkan untuk menganalisis kesejahteraan fizikal dan health-seeking behaviour penjaga utama semasa penjagaan warga tua. Kawasan kajian ini ialah daerah Besut, Terengganu. Pengkaji telah menggunakan pensampelan snowball dan seramai 12 orang penjaga utama telah ditemubual. Hasil kajian menunjukkan informan mudah mengalami kecederaan dan gangguan tidur secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada kesejahteraan hidup mereka. Kajian mendapati kebanyakan informan adalah golongan yang telah berusia dan mempunyai penyakit. Namun demikian, penjagaan jangka panjang warga tua juga boleh mempengaruhi tingkah laku informan dalam mendapatkan rawatan bagi merawat penyakit yang dihidapi (health-seeking behaviour). Keadaan ini berlaku kerana ada dalam kalangan informan mempunyai masalah kewangan dan tidak mempunyai masa yang bersesuaian untuk membuat pemeriksaan kesihatan di hospital. Mereka lebih memilih menggunakan kaedah rawatan secara tradisional. Penjaga utama tiada pilihan lain selain perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran penjagaan tanpa mengambil kira kesejahteraan hidup mereka yang terjejas. Oleh itu, keputusan kajian ini dapat digunakan untuk membantu pihak kerajaan dalam merangkan dasar atau polisi yang bersesuaian bagi penjagaan warga tua.

Item Type:Article
Keywords:Penjaga; Warga tua; Penjagaan; Kesejahteraan hidup; Kesihatan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:24718
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:09 Jan 2025 08:23
Last Modified:09 Jan 2025 08:23

Repository Staff Only: item control page