Junaidi Awang Besar, (2024) Pengekalan status quo BN dalam PRK DUN Mahkota, Johor. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (4). pp. 642-651. ISSN 1823-884x
PDF
430kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 2023 memperlihatkan berlakunya 10 Pilihan Raya Kecil (PRK) dan yang terakhir adalah PRK DUN Mahkota yang diadakan pada 28 September 2024. PRK DUN Mahkota ini ditandingi BN buat kali keempat selepas menyertai PRK Parlimen Kemaman, DUN Pelangai dan DUN Nenggiri. PRK ini penting bagi menaikkan semangat jentera pilihan raya BN terutamanya UMNO dan memulihkan sokongan pengundi kepada BN/UMNO. DUN Mahkota diadakan PRK berikutan kematian penyandangnya. Kawasan ini yang terletak dalam Parlimen Kluang, Johor merupakan kubu kuat BN kerana BN memenangi empat kali dan hanya tewas sekali. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis pengekalan status quo BN dalam PRK DUN Mahkota. Penulisan artikel ini adalah berdasarkan pemerhatian di lapangan, data keputusan PRK DUN Mahkota mengikut kawasan Daerah Mengundi dan rujukan sumber sekunder yang dianalisis berdasarkan pemikiran penulis. Hasil kajian menunjukkan BN/UMNO berjaya mengekalkan kemenangan kerusi DUN ini dengan majoriti undi yang meningkat lebih besar berbanding PRN 2022. BN/UMNO menang di kesemua pusat atau Daerah Mengundi majoriti kaum Melayu, majoriti kaum Cina dan kawasan campuran termasuk undi pos dan undi awal. Terdapat tujuh faktor kemenangan BN/UMNO dalam PRK ini iaitu antaranya politik nilai, identifikasi parti, politik pembangunan, kepimpinan dan visi Menteri Besar Johor, kredibiliti calon BN/UMNO, kemantapan jentera kempen BN+PH dan kelemahan PN. Justeru, PRK ini dapat dijadikan pendorong atau semangat kepada BN dan PH untuk terus berkhidmat kepada pengundi sebaik mungkin secara konsisten dan berterusan menuju PRU akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pilihan Raya Umum; Pilihan Raya Kecil; Jentera pilihan raya; Sokongan pengundi; Faktor kemenangan |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 24722 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 09 Jan 2025 08:22 |
Last Modified: | 09 Jan 2025 08:22 |
Repository Staff Only: item control page