Nurul Izzah Syahirah Muhamad Pauzi, and Noordeyana Tambi, (2024) Kelestarian sosial komuniti peniaga pesisir pantai di Negeri Terengganu. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (4). pp. 621-630. ISSN 1823-884x
PDF
419kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Penyebaran pandemik COVID-19 dalam negara Malaysia telah memberi banyak kesan buruk kepada perusahaan pelancongan yang merupakan salah satu aktiviti ekonomi tempatan serta mata pencarian pekerja pelancongan dan masyarakat serta negara yang bergantung kepada pelancongan. Hal ini disebabkan oleh kerana Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak kerajaan memberi kesan yang besar kepada komuniti peniaga di Negeri Terengganu. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap modal kewangan dan tahap modal sosial terhadap kelestarian sosial komuniti peniaga pesisir pantai di negeri Terengganu. Kajian ini juga melihat kepada hubungan serta pengaruh modal kewangan dan modal sosial terhadap kelestarian sosial komuniti peniaga pesisir pantai. Kajian kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik dalam bentuk Google Form, melibatkan seramai 235 orang responden yang terdiri daripada komuniti peniaga pesisir pantai di dalam negeri Terengganu. Kajian ini menggunakan kaedah analisis deskriptif iaitu min dan inferensi iaitu korelasi dan regrasi pelbagai bagi menjawab objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap modal kewangan dan tahap modal sosial adalah tinggi terhadap komuniti peniaga pesisir pantai. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat hubungan antara modal kewangan dan modal sosial terhadap kelestarian sosial komuniti tersebut. Namun begitu, hasil dapatan menunjukkan bahawa modal kewangan dan modal sosial mempunyai pengaruh yang sederhana terhadap perubahan dalam kelestarian sosial komuniti peniaga ini. Hasil kajian ini membolehkan pihak yang terlibat dalam pembangunan komuniti peniaga pesisir pantai untuk mengenalpasti tahap kelestarian sosial komuniti tersebut untuk meneruskan perniagaan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Modal kewangan; Modal sosial; Keusahawanan; Kelestarian sosial; Komuniti peniaga |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 24723 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 09 Jan 2025 08:22 |
Last Modified: | 09 Jan 2025 08:22 |
Repository Staff Only: item control page