Produktiviti buruh lokal dalam pertanian kelapa sawit

Suhana Saad, and Esther Doughlas, (2024) Produktiviti buruh lokal dalam pertanian kelapa sawit. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (4). pp. 526-536. ISSN 1823-884x

[img] PDF
444kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Industri sawit di Malaysia khususnya di Sarawak berhadapan dengan masalah kekurangan tenaga buruh terutama selepas negara diserang Covid 19. Ramai pekerja asing tidak dapat masuk semula ke Malaysia akibat dari sekatan yang dikenakan oleh kerajaan. Lantaran itu, pekerja tempatan terpaksa digunakan bagi melakukan kerja-kerja yang pernah dilakukan oleh buruh asing. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti produktiviti buruh lokal oleh oleh Pekebun Kecil Sawit (PKS) di Serian, Sarawak. Seramai 56 orang responden telah dipilih sebagai sampel kajian menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Responden yang terpilih merupakan PKS yang menggunakan buruh lokal untuk berkerja di kebun mereka. Hasil kajian mendapati buruh lokal yang digunakan terdiri daripada ahli keluarga sendiri, saudara mara dan buruh kampung. Tiada buruh tempatan dari luar kawasan yang diambil berkerja. Antara jenis penglibatan yang dilakukan adalah seperti memancit pokok, membaja, memangkas, menjolok buah, mengutip buah, memunggah buah ke dalam lori dan pemandu lori. Dari segi penghasilan Buah Tandan Segar (BTS), bilangan penghasilan BTS /tan sebulan, kebanyakan PKS memperolehi purata hasil dapatan sebulan sebanyak 1 hingga 2 tan BTS bagi setiap 1 hingga 2 ekar tanah yang diusahakan untuk penanaman kelapa sawit iaitu bersamaan 12 tan/ekar/tahun. Purata hasil dapatan tinggi jika dibandingkan dengan purata nasional pekebun kecil persendirian iaitu 8 tan/ekar/setahun. Implikasi kajian ini ialah strategi berkesan harus disusun yang melibatkan MPOB dan juga PKS ini dalam menggalakkan lebih ramai orang tempatan untuk berkerja dalam industri ini supaya industri sawit negara tidak berterusan bergantung kepada buruh asing.

Item Type:Article
Keywords:Pekebun Kecil Sawit (PKS); Buruh lokal; Buruh asing; Produktiviti; Buah Tandan Segar (BTS)
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:24724
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:09 Jan 2025 08:22
Last Modified:09 Jan 2025 08:22

Repository Staff Only: item control page