Pengetahuan, Sikap dan Praktis (KAP) Komuniti Pekebun Kecil Koko (KPKK) berkaitan Malaysian Good Agricultural Practices (MyGAP)

Noviatin Syarifuddin, and Jasmin Arif Shah, and Asnarulkhadi Abu Samah, and Nik Ahmad Sufian Burhan, (2024) Pengetahuan, Sikap dan Praktis (KAP) Komuniti Pekebun Kecil Koko (KPKK) berkaitan Malaysian Good Agricultural Practices (MyGAP). e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (4). pp. 569-582. ISSN 1823-884x

[img] PDF
538kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Pembangunan sektor pertanian merupakan strategi Lembaga Koko Malaysia (LKM) bagi membantu komuniti pekebun kecil koko (KPKK) menjana pendapatan dan membasmi kemiskinan. KPKK berhadapan dengan isu produktiviti koko dari segi kualiti dan kuantiti. Rentetan itu, LKM melaksana program peningkatan produktiviti koko dengan hasrat agar pematuhan amalan pertanian baik (MyGAP) boleh diterapkan dalam KPKK. Tetapi, kesedaran komuniti menerima MyGAP yang dibawa oleh LKM masih kurang dalam kajian susastera. Sehubungan itu, objektif kajian bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan praktis KPKK dalam konteks GAP. Kajian kuantitatif dengan pendekatan penyelidikan tinjauan dilaksanakan ke atas 195 orang KPKK. Borang soal selidik digunakan sebagai alat pengumpulan data. Teknik bancian digunakan ke atas taburan responden yang merangkumi daerah zon Pantai Timur Sabah. Landasan teoritikal kajian ialah Model KAP untuk mengukur tahap pengetahuan, sikap dan praktis responden terhadap APB. Kajian menunjukkan majoriti pekebun kecil merupakan generasi pertama penanam koko, berumur lingkungan 51 sehingga 60 tahun dan berpengalaman 1 hingga 20 tahun dalam bidang pertanian. Tahap amalan pertanian baik (APB) menunjukkan nilai min tertinggi oleh praktis (min 4.20). Diikuti, dengan tahap sikap (min 4.08) dan tahap pengetahuan (min 4.01) oleh KPKK. Implikasi kajian menyumbang kepada pengkayaan ilmu pembangunan komuniti dan sosiologi pertanian melalui pelaksanaan GAP agar sekuriti makanan negara ditingkatkan melalui komoditi koko.

Item Type:Article
Keywords:Sosiologi pertanian; Pembangunan komuniti; Koko; Sabah; Amalan Pertanian Baik
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:24725
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:09 Jan 2025 08:22
Last Modified:09 Jan 2025 08:22

Repository Staff Only: item control page