Ujian ricih terus permukaan satah ketakselanjaran granit (Direct shear test of granite discontinuity plane surfaces)

Goh .T.L, and Ghani .A Rafek, and Hariri .M Ariffin, and Baizura .N Yunus, (2011) Ujian ricih terus permukaan satah ketakselanjaran granit (Direct shear test of granite discontinuity plane surfaces). Sains Malaysiana, 40 (5). pp. 419-423. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Parameter kekuatan ricih seperti sudut geseran permukaan ketakselanjaran batuan merupakan antara data penting bagi reka bentuk struktur kejuruteraan batuan seperti pengorekan bawah tanah dan cerun potongan. Ujian ricih terus beban normal tetap telah dilakukan pada permukaan buatan potongan gergaji batuan granit segar dan terluluhawa sedikit untuk menentukan sudut geseran asas permukaan satah ketakselanjaran. Sampel granit diperoleh dari Kuari Kajang Rock, Semenyih, Ulu Langat, Selangor, Lebuhraya Silk Kajang (km 14.6), Selangor, Jalan Pos Selim-Kampung Raja (km 30-29), Cameron Highland, Pahang/Perak dan Kuari JKR Bukit Penggorak, Kuantan, Pahang. Sebanyak 84 ujian ricih terus telah dijalankan pada batuan granit iaitu 65 ujian pada batuan segar dan 19 ujian pada batuan terluluhawa sedikit. Untuk batuan granit segar, sudut geseran asas ialah 42° ± 0.6° dengan sisihan piawai sebanyak 2.26 dan pekali penentuan, R2 sebanyak 0.98. Untuk granit terluluhawa sedikit, sudut geseran asas ialah 38° ± 1.9° dengan sisihan piawai sebanyak 3.99 dan pekali penentuan, R2 sebanyak 0.97. Nilai-nilai ini adalah lebih tinggi daripada nilai yang selalu dianggap untuk batuan granit segar iaitu 30°-35°.

Item Type:Article
Keywords:Granit; sudut geseran asas; ujian ricih terus ABSTRACT
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:2473
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:03 Aug 2011 01:13
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page