Aktiviti antioksida dan warna mufin daripada sisa puri pitaya merah (Hylocereus polyrhizus) (Antioxidant activity and colour of red pitaya puree muffin (Hilosereus polirhizus))

Chemah .T.C, and Aminah .A, and Noriham .A, and Wan Aida .W.M, (2011) Aktiviti antioksida dan warna mufin daripada sisa puri pitaya merah (Hylocereus polyrhizus) (Antioxidant activity and colour of red pitaya puree muffin (Hilosereus polirhizus)). Sains Malaysiana, 40 (5). pp. 431-436. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
231kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Sisa puri pitaya merah bersama biji telah digunakan dalam penyediaan mufin yang dicampurkan dengan 10%, 15% dan 20% puri dalam formulasi bater. Ujian warna, kandungan jumlah polifenol, jumlah flavonoid, ujian antioksida; pemerangkapan radikal bebas 2,2-difenil-1-pikrilhidrazil (DPPH) dan ujian penurunan ferrik (FRAP) telah dijalankan. Warna bater 3 jenis mufin tersebut berwarna merah jambu violet. Warna merah jambu (nilai a) meningkat dengan signifikan (p<0.05) selaras peningkatan peratus kandungan puri manakala kecerahan (nilai L) menurun dengan peningkatan puri. Apabila dimasak, semua warna merah jambu daripada bater hilang. Permukaan mufin adalah lebih gelap (nilai L), dengan mufin 20% puri paling signifikan (p<0.05). Isi kesemua mufin berwarna kuning dan kecerahan (nilai L) didapati berkurang secara signifikan (p<0.05) dengan pertambahan peratus puri. Jumlah polifenol sampel mufin menunjukkan mufin 10% puri pitaya ekstrak air mengandungi jumlah polifenol yang paling tinggi (29.0 mg GAE/100 g sampel). Kandungan flavonoid menunjukkan mufin 20% puri pitaya mengandungi flavonoid yang paling signifikan (p<0.05) 15.3 mg katekin/100 g sampel berbanding mufin kawalan 11.0 mg katekin. Bagi ujian antioksida DPPH, semua mufin dengan puri pitaya menunjukkan peratus pemerangkapan yang lebih baik berbanding kawalan. Ujian FRAP menunjukkan pola yang serupa dengan keputusan mufin 10% (17.4), mufin 15% (15.4) dan mufin 20% (17.5 mg trolox/100 g sampel). Warna merah jambu bater mufin hilang semasa proses memasak namun nilai antioksida masih diperolehi dalam mufin masak

Item Type:Article
Keywords:Antioksida; Hilosereus polirhizus; mufin; sisa pitaya merah
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:2477
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:03 Aug 2011 01:27
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page