Prestasi indeks berkaitan ESG di pasaran Malaysia dan Amerika Syarikat: satu analisis perbandingan

Ahmad Monir Abdullah, and Norman Mohd Saleh, and Mohd Mohid Rahmat, and Hamdy Abdullah, and Zulkefly Abdul Karim, (2024) Prestasi indeks berkaitan ESG di pasaran Malaysia dan Amerika Syarikat: satu analisis perbandingan. Jurnal Ekonomi Malaysia, 58 (3). ISSN 0127-1962

[img] PDF
554kB

Official URL: https://www.ukm.my/jem/latest-published-e/

Abstract

Kajian ini menilai prestasi dan hubungan dinamik antara F4GBM, KLCI, S&P 500, dan S&P ESG dari Januari 2015 hingga Mei 2024. Menggunakan Jensen’s Alpha, Nisbah Sharpe, dan Nisbah Treynor, kajian ini mendapati bahawa integrasi ESG tidak meningkatkan pulangan berlebihan, dengan semua indeks mencatat alpha negatif dan pulangan diselaraskan risiko yang lemah. Nisbah Sharpe menunjukkan bahawa F4GBM dan KLCI mencatatkan prestasi terendah, manakala S&P 500 dan S&P ESG lebih baik walaupun masih negatif. Model MGARCH-DCC mendedahkan korelasi dinamik dan kemeruapan yang berbeza antara indeks, dengan F4GBM mencatat kemeruapan terendah dan S&P ESG tertinggi, mencerminkan risiko keseluruhan yang lebih besar dalam pasaran AS. Korelasi rendah antara indeks Malaysia dan AS menekankan manfaat kepelbagaian, terutamanya semasa peristiwa global seperti pandemik COVID-19. Kajian ini mengukuhkan kepentingan kepelbagaian geografi dan penggabungan kriteria ESG dalam strategi pelaburan, sambil menyoroti keperluan sokongan institusi dan kesedaran terhadap ESG untuk meningkatkan daya saing indeks ESG di pasaran membangun seperti Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Kepelbagaian pasaran saham; ESG; MGARCH-DCC; Jensen Alpha; Nisbah Sharpe; Nisbah Treynor; Kajian korelasi; Kepelbagaian portfolio
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:24774
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:31 Jan 2025 02:00
Last Modified:31 Jan 2025 04:22

Repository Staff Only: item control page