Akulturasi agama dan budaya dalam Ritual Huma Suku Ketungau Sesat di Kalimantan Barat (Indonesia)

Mangku, Hendrikus and Collins, James T. and Chong, Shin (2024) Akulturasi agama dan budaya dalam Ritual Huma Suku Ketungau Sesat di Kalimantan Barat (Indonesia). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 20 (4). pp. 179-194. ISSN 2682-7727

[img] PDF
628kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/index

Abstract

Suku Ketungau Sesat merupakan salah satu suku yang mendiami lembah Sekadau, Kalimantan Barat (Indonesia). Sebelum memeluk agama Katolik, pada amnya mereka sama dengan masyarakat peribumi lainnya di Kalimantan Barat iaitu mengamalkan kepercayaan tradisional animisme. Namun, sejak pengenalan agama Katolik di perkampungan masyarakat Ketungau Sesat lebih kurang 70 tahun yang lalu, mereka meninggalkan kepercayaan animisme dan memilih memeluk agama Katolik. Oleh kerana agama ini terbuka terhadap pelbagai budaya dan berusaha mengakulturasi dengan budaya tempatan masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan sejauh manakah pihak gereja Katolik telah berjaya mengakulturasi budaya Ketungau Sesat ?. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dalam mengumpul data, iaitu melalui kaedah temu bual dengan informan utama dan pemerhatian ikut serta, berfokus kepada ritual-ritual dalam pertanian padi. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat Ketungau Sesat masih mengamalkan ritual-ritual tradisi yang berkaitan pertanian huma, tetapi pada masa yang sama, sudah terakulturasi dengan agama Katolik. Aspek-aspek lain yang diakulturasi sehingga menyaksikan satu budaya baharu juga disaksikan dalam amalan tradisional seperti berdoa dan bedarok di salib pelindung kampung pada hari Gawai. Secara kesimpulan, asimilasi budaya dan agama masih bersifat dinamis dan pola perubahan ini kini terus berlaku dalam masyarakat yang dikaji ini.

Item Type:Article
Keywords:Akulturasi; Budaya; Ketungau Sesat; Ritual pertanian; Sekadau
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:24781
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:04 Feb 2025 07:19
Last Modified:04 Feb 2025 07:19

Repository Staff Only: item control page