Muhammad Faiz Roslin, and Sumayyah Aimi Mohd Najib, and Nor Shahida Azali, and Hanifah Mahat, and Khotimah, Nurul (2024) Pembelajaran teradun menggunakan medium aplikasi dibangunkan Google sebagai pendekatan alternatif pengajaran Geografi di UPSI. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 20 (4). pp. 159-178. ISSN 2682-7727
PDF
471kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/index
Abstract
Kajian yang dilakukan adalah berkaitan dengan pendekatan pembelajaran teradun menggunakan medium aplikasi dibangunkan oleh Google dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Geografi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Terdapat tiga objektif telah ditetapkan dalam kajian ini iaitu mengenal pasti tahap kekerapan penggunaan aplikasi dibangunkan oleh Google, menganalisis pemboleh ubah tahap penerimaan, kemahiran, kekangan dan kepentingan pelaksanaan pembelajaran teradun menggunakan aplikasi dibangunkan oleh Google dan objektif ketiga ialah menilai perhubungan yang signifikan antara pemboleh ubah yang ditetapkan dalam kajian. Kajian ini menggunakan penyelidikan kuantitatif sebagai tunjang utama dalam menganalisis dapatan kajian yang diperoleh melalui instrumen soal selidik. Dapatan kajian akan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu ujian korelasi spearman rho. Statistik deskriptif yang digunakan adalah untuk menunjukkan markah min, peratus, frekuensi dan sisihan piawai manakala ujian korelasi spearman rho diperlukan untuk menilai perhubungan yang signifikan antara pemboleh ubah. Analisis menunjukan tahap kekerapan penggunaan aplikasi dibangunkan oleh Google oleh pelajar ISMP Geografi di USPI dalam melaksanakan pembelajaran teradun berada pada tahap kekerapan yang tinggi (M=3.83). Seterusnya, tahap penerimaan pelajar ISMP Geografi di UPSI dalam melaksanakan pembelajaran teradun menggunakan medium aplikasi dibangunkan oleh Google berada pada tahap yang tinggi (M=4.37). Melalui kajian ini, dapat dinyatakan bahawa kebanyakan pelajar ISMP Geografi di UPSI amat selesa dengan pelaksanaan pembelajaran teradun lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan penggunaan medium aplikasi dibangunkan oleh Google. Selain itu pensyarah juga boleh menggunakan pelbagai alternatif dalam membantu pelajar yang tercicir dalam pembelajaran atau menghadapi banyak kekangan akibat daripada pelaksanaan pembelajaran menggunakan medium aplikasi dibangunkan oleh Google. Secara keseluruhannya, pembelajaran teradun yang menggunakan teknologi dan pendekatan inocatif dapat meningkatkan minat dan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Aplikasi dibangunkan; Google; Pembelajaran teradun; Pendekatan alternatif |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 24784 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 04 Feb 2025 07:19 |
Last Modified: | 04 Feb 2025 07:19 |
Repository Staff Only: item control page