Zafir Khan Mohamed Makhbul, and Maran Kaliannan, and Nor Hafizah Ibrahim, (2024) Nilai kerja sebagai pengantara dalam hubungan antara budaya keselamatan dan sikap keselamatan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 20 (4). pp. 211-224. ISSN 2682-7727
PDF
515kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/index
Abstract
Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) yang telah mencetuskan perubahan besar kepada operasi sektor perkilangan ke arah teknologi pengkomputeran dan automasi. Perubahan ini turut membawa kepada pelbagai isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, terutamanya dalam industri kimia yang melibatkan banyak kecederaan, kematian, kerosakan harta benda dan kesan negatif terhadap alam sekitar. Kebanyakan organisasi dalam industri ini berusaha mengekalkan prestasi keselamatan di tempat kerja dengan menilai semula budaya keselamatan yang mempengaruhi sikap keselamatan dan nilai kerja seseorang pekerja. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti peranan nilai kerja sebagai faktor pengantara antara budaya keselamatan dengan sikap keselamatan, dan menilai hubungan antara budaya keselamatan dan sikap keselamatan pekerja. Teori Efikasi Kendiri digunakan untuk menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah dalam kajian ini. Bagi menguji hipotesis, teknik statistik Pendekatan Pemodelan Persamaan Berstruktur Kuasa Dua Terkecil Separa (PLS-SEM) digunakan untuk menganalisis data soal selidik yang dikumpulkan daripada 385 pekerja industri kimia di Selangor, Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa budaya keselamatan mempunyai hubungan positif dengan sikap keselamatan. Walau bagaimanapun, nilai kerja tidak dapat dibuktikan mengantara budaya keselamatan dan sikap keselamatan. Secara teorinya, kajian ini menyumbang kepada bidang ilmu yang menunjukkan kepentingan budaya keselamatan dalam mempengaruhi sikap keselamatan. Secara praktikalnya, dapatan kajian mencadangkan pihak kerajaan sebagai penggubal dasar dan pihak pengurusan organisasi sebagai pelaksana untuk menambah baik budaya keselamatan pekerjaan bagi meningkatkan amalan pengurusan keselamatan di tempat kerja.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Budaya keselamatan; Nilai kerja; Sektor perkilangan; Sikap keselamatan |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 24790 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 04 Feb 2025 07:18 |
Last Modified: | 04 Feb 2025 07:18 |
Repository Staff Only: item control page