Faktor pendorong pekebun kecil getah mengusahakan kaedah integrasi tanaman

Rosmiza Mohd Zainol, and Nur A’in Awadah Ahmad Zahar, (2024) Faktor pendorong pekebun kecil getah mengusahakan kaedah integrasi tanaman. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 20 (4). pp. 143-158. ISSN 2682-7727

[img] PDF
694kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/index

Abstract

Industri perladangan getah mengalami pelbagai isu yang memberi kesan ketara terhadap pekebun kecil, antaranya ketidaktentuan cuaca yang membawa kepada serangan penyakit dan perosak dan produktiviti rendah, saiz tanah tidak ekonomik, serta ketidakstabilan harga getah di pasaran. Isu ini menyebabkan pendapatan pekebun kecil secara relatifnya adalah rendah. Ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat memerlukan pendapatan sampingan bagi kelangsungan hidup pekebun kecil. Justeru, pendekatan agroperhutani melalui kaedah integrasi tanaman merupakan kaedah alternatif, khususnya bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan mengurangkan pergantungan kepada tanaman monokultur yang lebih berisiko dalam aspek pengeluaran hasil. Oleh itu, kajian dilakukan bagi mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pekebun kecil getah mengusahakan integrasi tanaman getah dengan tanaman lain atau ternakan. Kaedah kuantitatif dan disokong oleh kualitatif dijalankan melibatkan keseluruhan populasi pekebun kecil getah, iaitu 20 orang di daerah Pendang yang mengusahakan integrasi tanaman getah. Hasil kajian mendapati faktor cuaca, peningkatan kos sara hidup, memaksimumkan penggunaan tanah, mengurangkan serangan penyakit dan perosak, serta ketidakstabilan harga pasaran getah merupakan faktor pendorong utama pekebun kecil getah melibatkan diri dalam integrasi tanaman getah. Jelas bahawa pekebun kecil memperoleh pendapatan sampingan dengan mengusahakan integrasi tanaman getah ini. Implikasinya, sokongan institusi dan polisi terhadap integrasi tanaman getah wajar diberi penekanan agar harga pasaran lebih kompetitif dan wujud inivasi dalam sistem pengeluaran ladang. Hal ini menyokong kepada peningkatan pendapatan dan kesejahteraan hidup pekebun kecil getah, serta sistem pengeluaran ladang yang lebih mesra alam.

Item Type:Article
Keywords:Agroperhutani; Integrasi tanaman; Monokultur; Pekebun kecil; Tanaman getah; Ternakan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:24791
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:04 Feb 2025 07:18
Last Modified:04 Feb 2025 07:18

Repository Staff Only: item control page