Asif Sukri, and Alfizah Hanafiah, and Nik Ritza Kossai, and Mohamad Aznan Shuhaili, and Raja Affendi Raja Ali, (2024) Perbandingan pengekspresan antigen kluster pembezaan dalam subjenis tumor dan darah periferi pesakit kanser gaster. Sains Malaysiana, 53 (10). pp. 3253-3262. ISSN 0126-6039
![]() |
PDF
376kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num10...
Abstract
Kanser gaster merupakan salah satu kanser utama yang paling banyak menyebabkan kematian di seluruh dunia. Diagnosis dan prognosis kanser gaster adalah sukar untuk dibuat dan kebanyakan pesakit didiagnos dengan kanser ini pada peringkat yang teruk. Prognosis kanser gaster adalah berlainan berdasarkan kepada subjenis kanser gaster dan jangkitan Helicobacter pylori. Antigen kluster pembezaan (CD) boleh digunakan sebagai biopenanda untuk diagnosis dan prognosis penyakit kronik kerana pengekspresannya yang berubah mengikut tahap penyakit. Objektif kajian ini adalah untuk membuat perbandingan pengekspresan antigen CD dalam sel darah periferi dan sel adenokarsinoma pesakit kanser gaster dan menentukan peranan CD55 dalam rembesan interleukin-8 (IL-8) oleh sel selanjar. Sampel darah periferi dan tumor telah diambil daripada pesakit kanser gaster. Sampel kemudian diproses untuk mendapatkan ampaian sel tunggal. Imunofenotip antigen CD telah dijalankan menggunakan slaid mikroatur DotScanTM. Penyenyapan CD55 telah dibuat menggunakan RNA pengganggu kecil (siRNA). Sembilan belas antigen CD, kebanyakan daripadanya adalah penanda untuk sel B, diekspres secara lebih tinggi dalam tumor subjenis kardia berbanding subjenis bukan kardia. CD182 dan CD125 merupakan reseptor interleukin yang penting, diekspres lebih tinggi dalam subjenis bukan kardia daripada subjenis kardia. Pengekspresan 32 antigen CD yang lebih tinggi dapat diperhatikan dalam tumor subjenis difus berbanding subjenis usus. CD29 dan CD73 diekspres dengan tinggi dalam sarkoma gastrointestinal. Perbandingan pengekspresan antigen CD menunjukkan CD11a dan CD49d diekspres sama tinggi dalam darah dan tumor. Penyenyapan CD55 mengawal pengeluaran IL-8 dalam sel yang dijangkiti oleh H. pylori secara bergantung kepada kehadiran gen berkaitan sitotoksin (cagA). Kajian ini menunjukkan perbezaan pengekspresan antigen CD dalam pelbagai subjenis kanser gaster dan berpotensi dijadikan biopenanda untuk diagnosis kanser gaster secara tidak invasif.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | CD55; Helicobacter pylori; Kanser gaster; Kluster pembezaan |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 24795 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 05 Feb 2025 04:32 |
Last Modified: | 05 Feb 2025 04:32 |
Repository Staff Only: item control page