Sistematik famili Athyriaceae di Semenanjung Malaysia berdasarkan gabungan data anatomi dan molekul

Nur Aliah, and Haja Maideen, and Nurul Nadhirah, and Nik Norhazrina, (2024) Sistematik famili Athyriaceae di Semenanjung Malaysia berdasarkan gabungan data anatomi dan molekul. Sains Malaysiana, 53 (10). pp. 3263-3277. ISSN 0126-6039

[img] PDF
863kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num10...

Abstract

Famili paku pakis Athyriaceae mempunyai taburan kosmopolitan dengan anggaran 650 takson. Pengelasan terkini berdasarkan data daripada jujukan molekul telah mengelaskan spesies Athyriaceae kepada tiga genus utama iaitu Athyrium, Deparia serta Diplazium. Walau bagaimanapun, pengelasan ini masih tidak stabil dan sering berubah kerana belum terdapat data jujukan molekul yang lengkap serta menyeluruh bagi keseluruhan spesies dalam famili ini. Penyelidikan ini telah dijalankan untuk mengkaji hubungan filogeni antara spesies dalam famili Athyriaceae di Semenanjung Malaysia berdasarkan gabungan data ciri anatomi dan molekul. Bagi pendekatan anatomi, ciri bentuk stil dan jenis peruratan telah dicerap manakala bagi pendekatan molekul pula menggunakan data jujukan dari kawasan genom kloroplas (rbcL, atpB, atpA dan trnL-F) dan nukleus ITS (nITS). Keseluruhannya, topologi yang terhasil membuktikan bahawa famili Athyriaceae ialah monofiletik dengan sokongan nilai bustrap yang tinggi iaitu 100% serta membentuk dua klad utama iaitu klad I yang terdiri daripada kesemua spesies Diplazium manakala klad II terdiri daripada kumpulan Athyrium-Cornopteris yang membentuk kumpulan bersama dengan Deparia.

Item Type:Article
Keywords:Anatomi; Athyriaceae; Diplazium; Paku pakis; Sistematik
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:24796
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:05 Feb 2025 04:39
Last Modified:05 Feb 2025 04:39

Repository Staff Only: item control page