Kelakuan postur dan lokomotor Ungka Tangan Putih (Hylobates lar) di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan

Nur Nasyuhaa Azwa Zakariya, and Badrul Munir Md-Zain, (2024) Kelakuan postur dan lokomotor Ungka Tangan Putih (Hylobates lar) di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan. Sains Malaysiana, 53 (10). pp. 3289-3299. ISSN 0126-6039

[img] PDF
848kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num10...

Abstract

Ungka Tangan Putih (Hylobates lar) merupakan primat Hylobatidae yang sedang diancam kepupusan. Ungka ini mendapat kurang perhatian daripada segi penyelidikan disebabkan faktor kepayahan menjejakinya di lapangan. Oleh itu adalah menarik untuk mengkaji aspek kelakuan Ungka Tangan Putih dalam persekitaran kurungan. Kajian penggunaan ruang, kelakuan postur dan lokomotor Ungka Tangan Putih di pusat pemuliharaan ex-situ belum pernah dikaji. Kefahaman tentang kelakuan yang berkait dengan habitat yang khusus akan meluaskan lagi pemahaman mengenai cara primat bertindak balas terhadap keadaan persekitaran yang berbeza. Objektif utama penyelidikan ini ialah mengkaji penggunaan ruang dalam kurungan dan kanopi serta kelakuan postur dan lokomotor Ungka Tangan Putih di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak. Penyelidikan telah dijalankan dengan melakukan pemerhatian fokus ke atas tujuh subjek dari Disember 2021 hingga Mac 2022. Penggunaan ruang kurungan dan kanopi oleh ungka paling tertumpu di bahagian aras tengah (42.37%) berbanding aras atas (24.24%) dan bawah (33.03%). Terdapat 13 jenis kelakuan postur yang ditunjukkan oleh Ungka Tangan Putih iaitu duduk, cangkung, sandar, berpaut, baring, forelimb-suspend, sit/forelimb-suspend, flexed stand/forelimb-suspend, unimanual forelimb suspend, typical forelimb-suspend, forelimb-hindlimb-suspend, hanging upside down dan rocking. Tujuh jenis kelakuan lokomotor yang telah dicerap adalah bipedal, bipedal with hands, quadrupedal walk, brachiate, lompat, bermain dan extended-elbow vertical climb. Postur duduk (18.37%) dan brachiate (50.40%) merupakan kelakuan postur dan lokomotor yang paling kerap diperhatikan. Hasil kajian ini dapat digunakan untuk menambah baik keadaan persekitaran dalaman kurungan Ungka Tangan Putih dalam meningkatkan pengurusan kebajikan ungka dalam kurungan di NWRC.

Item Type:Article
Keywords:Ex-situ; Hylobatidae; Kurungan; Primat terancam; Mawas, Mawas kecil
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:24798
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:05 Feb 2025 05:03
Last Modified:05 Feb 2025 05:03

Repository Staff Only: item control page