Laila Zulaifah Zulkipli, and Nurul Aisyah Mohd Zaki, and Mohamad Hafiz Abdul Halim, and Khairiatul Mardiana Jansar, and Mohd Talib Latif, and Masni Mohd Ali, (2024) Taburan menegak mikroplastik dalam sedimen teras di Muara Sungai Pulai, Johor. Sains Malaysiana, 53 (10). pp. 3301-3313. ISSN 0126-6039
PDF
1MB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num10...
Abstract
Kewujudan mikroplastik dapat dilihat di pesisir pantai dan persekitaran marin dengan sedimen adalah tempat pemendapan bagi mikroplastik. Walaupun begitu, taburan mikroplastik secara menegak dalam sedimen adalah berbeza-beza dan tidak jelas sepenuhnya. Kajian ini tertumpu kepada kehadiran dan pencirian mikroplastik di dalam sedimen teras di muara Sungai Pulai dengan dua stesen (SP1 dan SP2) telah dipilih. Sampel sedimen teras telah diambil menggunakan pensampel teras. Sampel sedimen diekstrak dan mikroplastik dicirikan dengan menggunakan mikroskop stereo dan analisis polimer dibuat menggunakan spektroskopi μ-RAMAN. Hasil daripada kajian ini menunjukkan kelimpahan mikroplastik yang paling tinggi didapati pada lapisan sedimen teratas (0–5 cm) iaitu 506 ± 115.47 partikel/kg di stesen SP1 dan sebanyak 220.00 ± 28.28 partikel/kg pada lapisan pertengahan (10–15 cm) di stesen SP2. Majoriti mikroplastik daripada kajian ini dijumpai dalam julat saiz < 100 μm (47%) di stesen SP1 dan saiz 100– 500 μm (39%) di stesen SP2. Selain itu, kebanyakan mikroplastik dijumpai adalah berwarna biru, iaitu 79% (SP1) dan 87% (SP2). Hanya dua bentuk mikroplastik yang dijumpai dalam kedua-dua teras sedimen iaitu bentuk gentian dan serpihan. Sebanyak 51% mikroplastik berbentuk serpihan mendominasi stesen SP1 dan 58% mikroplastik berbentuk gentian mendominasi stesen SP2. Poliester (PES), polietilena tereftalat (PET) dan poliakrilamida (PAM) telah dikenal pasti dan didapati polimer PET adalah polimer yang paling banyak ditemui di kawasan kajian mewakili 56% daripada keseluruhan polimer. Kajian ini dapat membantu untuk memahami corak, jenis dan potensi asal-usul mikroplastik dalam sedimen muara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Mikroplastik; Muara; Polimer; Sedimen teras; Spektroskopi RAMAN |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 24799 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 05 Feb 2025 05:11 |
Last Modified: | 05 Feb 2025 05:11 |
Repository Staff Only: item control page