Pengesanan residu najis dan bulu dalam glikopeptida daripada produk sampingan sarang burung walit dan implikasnya terhadap status halal

Nazariyah Yahaya, and Muhammad Arieff Haikal Ezaidin, and Hanis Nadia Yahya, and Alina Abdul Rahim, and Irwan Mohd Subri, and Nur Aina Abdulah, and Mohd Nasir Abdul Majid, and Zizi Azlinda Mohd Yusof, and Lim, Seng Joe and Wan Aida Wan Mustapha, and Noorul Syuhada Mohd Razali, and Zanariah Hashim, and Dayang Norulfairuz Abang Zaidel, and Yanti Maslina Mohd Jusoh, (2024) Pengesanan residu najis dan bulu dalam glikopeptida daripada produk sampingan sarang burung walit dan implikasnya terhadap status halal. Sains Malaysiana, 53 (10). pp. 3417-3432. ISSN 0126-6039

[img] PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num10...

Abstract

Sarang Burung Walit (SBW) yang diperbuat daripada air liur burung spesies Aerodramus fuciphagus mempunyai banyak manfaat kesihatan seperti melambatkan proses penuaan serta menguatkan sistem imun manusia. Bagi memaksimumkan penggunaan SBW, hasil sampingan SBW daripada pembersihan awal digunakan oleh pengilang dengan mengekstrak semula glikopeptida yang melekat pada hasil sampingan tersebut. Namun, status Halal glikopeptida yang dikumpul daripada hasil sampingan SBW telah dipersoalkan berhubung kemungkinan kehadiran najis dan bulu burung pada produk akhir yang dijadikan bahan makanan. Kajian ini mengesan kehadiran najis dan bulu dalam glikopeptida yang diekstrak daripada hasil sampingan SBW dengan menggunakan analisis Spektroskopi Fourier Transformasi Intramerah (FTIR) yang digabungkan dengan Analisis Komponen Utama (PCA) dan selanjutnya dianalisis menggunakan Resonans Magnet Nuklear (NMR). Selain itu, kajian ini juga mengupas mengenai hukum syariah berkaitan dengan burung Walit dan perbandingannya dengan burung layang-layang serta status halal penggunaan glikopeptida yang diperoleh semula daripada hasil sampingan SBW. Hasil daripada kajian ini menunjukkan, analisis FTIR yang digabungkan dengan analisis PCA, dapat mengesan dan membezakan kehadiran penanda (bulu dan najis) dalam sampel hasil sampingan SBW yang diekstrak melalui proses pembersihan yang berbeza. Keputusan analisis yang sama juga diperoleh melalui kaedah NMR. Mengikut hukum syariah, jika jumlah najis (bulu dan najis) adalah minima dan tidak kelihatan dengan mata kasar, konsep al-najasah al-ma‘fuww ‘anha li qillatiha ‘urfan (ia dimaafkan kerana kadar kecil mengikut uruf) boleh digunakan. Produk itu boleh dipertimbangkan untuk mendapat sijil Halal daripada pihak berkuasa Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Analisis Komponen Utama; Bulu and najis burung walit; Halal; Spektroskopi Fourier Transformasi Intramerah; Sarang Burung Walit
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:24808
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:05 Feb 2025 07:52
Last Modified:05 Feb 2025 07:52

Repository Staff Only: item control page