Azwan Mat Lazim, and Nahrusyifa Abdul Karim, and Nurfarah Dyana Bakri, (2024) Perbandingan kaedah pengekstrakan mikroplastik dalam makanan terproses budu menggunakan air suling dan kalium hidroksida. Sains Malaysiana, 53 (10). pp. 3433-3443. ISSN 0126-6039
|
PDF
1MB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num10...
Abstract
Pencemaran mikroplastik di dalam makanan yang diproses masih kurang mendapat perhatian. Kaedah pengekstrakan mikroplastik daripada sampel makanan juga masih belum meluas terutama bagi sampel makanan yang melalui proses pembuatan yang kompleks seperti budu. Penggunaan bahan kimia semasa proses pengekstrakan mikroplastik berpotensi menyebabkan kehilangan mikroplastik. Oleh itu, kajian ini membandingkan keberkesanan kaedah pengekstrakan menggunakan air suling dan larutan kalium hidroksida (KOH) untuk proses ekstraksi mikroplastik daripada lima jenis sampel budu yang berbeza. Hasil kajian menunjukkan bahawa air suling mampu mengekstrak mikroplastik namun tidak cukup berkesan dalam mengurai bahan organik pada sampel budu yang mengganggu proses pengenalpastian mikroplastik. Penambahan larutan kimia seperti KOH adalah perlu untuk membantu memudahkan proses pengenalpastian mikroplastik. Jumlah mikroplastik yang ditemui dalam kesemua sampel budu adalah rendah, dengan kehadiran sebanyak 19 zarah mikroplastik. Walau bagaimanapun, kehadiran mikroplastik jenis nilon dan logam berat mungkin akan menimbulkan kebimbangan terhadap potensi impaknya kepada kesihatan manusia. Kajian ini menekankan pentingnya pengawalan pencemaran mikroplastik melalui teknik penyediaan yang terkawal dan pemantauan yang tekal dalam industri pemprosesan makanan di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Budu; Ikan bilis; Mikroplastik |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 24809 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 05 Feb 2025 07:59 |
Last Modified: | 05 Feb 2025 07:59 |
Repository Staff Only: item control page