Penilaian alat pengukuran Strategi Pengurusan Bakat (MyBakat) menggunakan analisis model Rasch

Mohammad Fairuz Mohd Nasir, and Nur Riza Mohd Suradi, and Wan Rosmanira Ismail, (2024) Penilaian alat pengukuran Strategi Pengurusan Bakat (MyBakat) menggunakan analisis model Rasch. Sains Malaysiana, 53 (10). pp. 3521-3534. ISSN 0126-6039

[img] PDF
365kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num10...

Abstract

Suatu kajian telah dilaksanakan bagi menilai kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen Pengukuran Strategi Pengurusan Bakat (MyBakat) dalam sektor awam di Malaysia menggunakan kaedah analisis model Rasch. Kajian ini melibatkan 100 responden yang terdiri daripada pegawai awam persekutuan daripada kategori Pengurusan dan Profesional Gred 41 sehingga Gred 54. Indeks kesahan kandungan adalah 1.00 yang menunjukkan instrumen ini sesuai digunakan. Seterusnya, sepuluh jenis pengukuran analisis model Rasch telah digunakan untuk menilai instrumen MyBakat. Analisis individu menunjukkan sejumlah 42 responden digugurkan dan hanya 58 responden sahaja yang diterima dan dianalisis bersama 25 item dalam MyBakat. Manakala, analisis item pula menunjukkan dua item digugurkan iaitu item Q5 bagi konstruk Pemerolehan Bakat dan Q24 bagi konstruk Pengekalan Bakat. Hasil kajian mencadangkan instrumen MyBakat dengan 23 item sebagai instrumen yang jitu, sah dan boleh dipercayai bagi mengukur strategi pengurusan bakat dalam sektor awam.

Item Type:Article
Keywords:Indeks kesahan; Kesahan dan kebolehpercayaan; Strategi Pengurusan Bakat
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:24817
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:06 Feb 2025 02:16
Last Modified:06 Feb 2025 02:16

Repository Staff Only: item control page